TERKINI

Program INSAN : Polis Terima 8 Laporan Dakwaan Salah Guna Data

Hussein Omar Khan, KP Selangor – malayadaily.com

SHAH ALAM, 24 Ogos 2023 – Polis Selangor menerima lapan laporan berkaitan dakwaan data peribadi pengguna rakyat Selangor digunakan tanpa kebenaran bagi pendaftaran Skim Perlindungan Insurans Am (INSAN).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan berkenaan dibuat oleh orang awam.

“Kes itu diklasifikasi sebagai Rujuk Kepada Agensi Lain atau ‘Refer to Other Agency’ (ROA).

“Laporan ini telah dirujuk kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk siasatan mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan menggunakan data peribadi pengguna rakyat Selangor tanpa kebenaran bagi pendaftaran INSAN.

Jelas Amirudin, mereka yang telah mendapat prapendaftaran itu perlu mengesahkan dengan langkah gambar swafoto dan kad pengenalan serta berkaitan untuk mengesahkan pendaftaran tersebut. – Sinar Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp