NIBONG TEBAL, 7 Julai 24 – Tidak puas hati dengan peningkatan kos dan dasar kerajaan seperti berkait subsidi dipercayai antara faktor di sebalik kekalahan Pakatan Harapan pada PRK DUN Sungai Bakap, menurut pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Memetik laporan media FMT, Chow berkata PH gagal meyakinkan pengundi dalam isu-isu yang penting bagi mereka.
Antara ketidakpuasan hati yang berbangkit adalah dasar berkaitan diesel, yang mana penyasaran subsidi menyaksikan golongan yang layak menerima subsidi.
Penyasaran itu dikritik pembangkang, serta Pemuda Umno yang mahu penyasaran subsidi diesel dibuat secara berkala.
PKR mewakili Sungai Bakap selama tiga penggal sejak 2008, sebelum ia dimenangi oleh PAS pada PRN tahun lalu, dengan majoriti 1,563 undi.
Dalam PRK kali ini, calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dengan majoriti yang lebih besar iaitu 4,267 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Joohari Ariffin yang mendapat 10,222 undi. – malayadaily.com