KUALA LUMPUR – Bekas Ahli UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan perjuangan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap orang Melayu adalah jujur.
“Dari sudut lain, ia adalah prinsip sekurang-kurangnya kepada Mahathir, saya tahu dia memang percaya kepada ini (perjuangan Melayu). Sebab ini, beliau menulis Dilema Melayu, dia bapa nasionalis politik Melayu. Dia ultra.
Bekas Menteri Kesihatan itu berkata dalam program ‘Keluar Sekejap’, Mahathir sememangnya dikenali sebagai ‘ultra’ Melayu sejak sekian lama.
“Bagi saya ini bukan luar biasa untuk Mahathir. Sebab selagi dia ada nyawa Mahathir akan memperjuangkan isu ini. Untuk mengatakan bahawa Mahathir bersikap oportunis mungkin, tapi (bagi) saya ini adalah betul-betul sesuatu yang ikhlas,” katanya. – malayadaily.com