TERKINI

Proklamasi Orang Melayu : Noh Omar Tandatangan, Mahu Pertahan Hak Melayu

Noh Omar – foto Fazli Mohamad

KUALA LUMPUR, 6 Jun 2023 – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyokong usaha Proklamasi Orang Melayu yang digagaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menyatakan sokongan dan menurunkan tandantangan Proklamasi dihadapan bekas perdana menteri baru-baru ini di pejabat Mahathir, Kuala Lumpur.

Menurut Noh Omar, beliau menyatakan sokongan ini kerana sudah sampai masanya orang-orang Melayu kembali bersama.

“Jadi saya menyokong (Proklamasi). Ini masanya Melayu nak kena kembali bersamalah.

Noh Omar berpendapat bahawa Proklamasi ini bukan berteraskan parti politik sebaliknya ia suatu gerakan merangkumi semua orang Melayu dari pelbagai parti demi matlamat memperjuangkan nasib anak bangsa.

“Saya nampak Proklamasi ini, dia bukan politik (parti), betullah kita masing-masing ada parti politik, tapi ia satu gerakan yang Tun M buat ni, tak kiralah PAS ke Bersatu ke kalau boleh UMNO ke PKR melayu, ni (proklamasi) jiwa Melayu.

“Kerana akhirnya apa pun yang kita perjuangkan, anak cucu kita jangan jadi pelarian di negeri kita sendiri. Ujarnya.

Dalam kenyataan yang sama, Noh Omar juga menyelar sikap DAP yang memperjuangkan hak sama rata dan mengamalkan kebebasan beragama yang mana ia bertentangan dengan perlembagaan Malaysia.

“DAP nak hak sama rata, ia kontradik dengan perlembagaan kita.

“Nak kebebasan beragama, betul kita mengamalkan kebebasan beragama tapi kena ingat agama-agama lain tak boleh disebarkan dikalangan orang-orang Islam.

Noh juga berkata bahawa perlembagaan DAP masih mahu mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan yang mana pilihanraya PBT telah dimansuhkan oleh kerajaan sekitar tahun 1964.

“Kita tengok lagi perjuangan DAP, dia masih lagi dalam perlembagaan, dia nak mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan.

“Jadi diantara perkara-perka ini, siapa nak mempertahankan kalau tidak orang Melayu.

Beliau juga mengingatkan bahawa hak-hak Melayu mesti dipertahankan, bukan hanya sekadar ditulis dalam perlembagaan.

“…Apa makna kita ada hak dalam perlembagaan, tetapi kita tidak boleh menguasainya, sebagai contoh kalau tengok perlembagaan Singapura, bahasa rasmi dia Bahasa Melayu, tapi dimana kedudukannya?

“Jadi apa maksudnya, kalau hak kita, agama kita dijamin dalam perlembagaan tetapi kita tidak ada kuasa untuk kita nak mempertahankannya, kalau kita hilang kuasa saya bimbang (hak) hanya sekadar tulis dalam perlembagaan sajalah, lepas tu sukahati apa dia boleh buat.

“Kalimah ‘Allah’ dia boleh tuntut, its very clear, mengapa kita (kerajaan) nak kena tarik rayuan? Sepatutnya biarlah mahkamah putuskan keputusan itu.

“Saya bimbang hak kita, agama kita dijamin dalam perlembagaan tetapi kalau kita hilang kuasa politik, hanya tulis dalam perlembagaan sajalah. Katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp