TERKINI

Proklamasi Orang Melayu Pengikat Parti Politik Melayu

Badrul Hisham Shaharin – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2023 – Proklamasi Orang Melayu yang digerakkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikat parti politik Melayu untuk memberikan keutamaan kepada dasar berkepentingan komuniti itu.

Aktivis politik Badrul Hisham Shaharin berkata, walaupun gerakan itu menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, mereka akan menegur gabungan itu sekiranya tersasar daripada asas mengutamakan kepentingan Melayu.

“Proklamasi Orang Melayu boleh jadi kayu ukur kalau kerajaan akan datang tak bergerak seiringan dengan proklamasi orang Melayu, walaupun proklamasi orang Melayu nyatakan pendirian jelas bersama PN.

“Orang Melayu jangan takut keluar mengundi PN. Proklamasi Orang Melayu akan betulkan PN kalau PN tidak seperti yang dikatakan,” katanya, kepada Malayadaily.

Ini kerana matlamat gagasan itu katanya adalah untuk kestabilan Malaysia sebagai sebuah negara, dan orang Melayu merupakan asas pembentukan negara ini.

“Malaysia negara majoriti Melayu, walaupun kalau cakap pasal kepentingan Melayu sebenarnya kita cakap soal kepentingan semua kaum.

“Orang Cina majoritinya saya akui mereka peniaga, memegang ekonomi tetapi penggunanya orang Melayu, kalau orang Melayu susah orang Cina juga akan rasa kesan ekonomi, begitu juga bangsa lain,” katanya, yang lebih dari kenali sebagai Chegu Bard.

Sehubungan itu, parti politik katanya harus mengambil kesempatan untuk bersama-sama menggerakkan proklamasi berkenaan.

Ini kerana, gerakan itu juga merupakan elemen yang merangsang orang Melayu keluar dan mempunyai rasa bertanggungjawab kepada negara.

“Kalau kestabilan Melayu, itu, sejarah harus dijadikan sempadan dan pengajaran, Proklamasi Orang Melayu bercakap perkara ini, dan parti politik harus ambil kesempatan mereka perlukan proklamasi Orang Melayu untuk mereka teguh berdiri mereka perlukan hasrat ini.

“Pilihan raya umum lepas Melayu keluar mengundi 60%. Mana lagi bakinya. Orang Melayu banyak mengeluh, bercakap di oedia kopi berkenaan itu salah ini salah.

“Proklamasi Orang Melayu mampu akhirnya dengan ratusan ribu mereka tandangan akan digerakkan keluar mengundi,” katanya lagi. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp