TERKINI

Proklamasi Untuk Kelangsungan Perjuangan Politik Melayu – Timb. Presiden Bersatu

foto malayadaily.com

PUTRAJAYA, 3 April 2023 – Usaha Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Proklamasi Orang Melayu adalah penting untuk menjamin kelangsungan politik orang Melayu, kata Timbalan Presiden Bersatu  Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau mengulas perkara itu ketika pertemuan bersama mantan Perdana Menteri di Putrajaya dalam sesi Iftar, ahad lalu.

“Usaha yg dibuat oleh YAB Tun dan rakan-rakan ini adalah penting untuk menjamin kelangsungan perjuangan orang melayu. Ujarnya.

Faizal juga berkata bahawa negara ini adalah negara orang Melayu dan kuasa politik Melayu semakin terhapus dek kerana perpecahan sesame sendiri.

“Negara ini adalah negara orang melayu tetapi hari ini kuasa (politik) kita semakin hari semakin terhapus dek kerana perpecahan kita juga. Jadi saya berharap agar kita bersatu padu supaya kita dapat kembalikan kekuasaan (politik) bagi orang Melayu untuk kita bersama-sama dengan bangsa lain juga untuk membangunkan negara ini. – malayadaily.com

Dalam majlis Iftar anjuran Sekretariat Proklamasi Orang Melayu itu, Dr Mahatir mengambil kesempatan menerangkan mengenai tujuan utama Proklamasi tersebut kepada tetamu. Majlis disudahi dengan solat sunat tarawih yang diimamkan oleh Datuk Basheer Hussien. – malayadaily.com  

Facebook
Twitter
WhatsApp