TERKINI

RCI Pulau Batu Putih: Haniff Khatri dakwa ada maklumat untuk didedah kepada RCI

Program ‘The Zaid Ibrahim Podcast’ – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 12 Jun 24 – Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri mendakwa mempunyai kandungan maklumat yang mahu didedahkan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Pulau Batu Putih, namun menurutnya, pihak RCI telah membatalkan hasrat untuk memanggil beliau sebagai saksi dalam prosiding tersebut.

Haniff ketika menjadi tetamu dalam program ‘The Zaid Ibrahim Podcast’, berkata, pada 22 Mei pihak RCI telah menghubungi beliau untuk memaklumkan bahawa beliau perlu ditemu ramah sebagai bakal saksi untuk dipanggil di RCI.

“Saya tiada masalah dan sememangnya saya percaya, saya mempunyai maklumat yang perlu saya kongsi demi kepentingan negara dan pengetahuan rakyat keseluruhannya.

“Dalam kes ini, isu RCI Batu Putih ni, saya sendiri merupakan seorang bakal ataupun potential witness, kerana tanpa saya dedahkan kandungan lengkap (di sini) sebab saya nak dedahkan di RCI, sebab di situ yang penting.

Menurutnya lagi, beliau tidak mempunyai masalah dan sememangnya beliau mempunyai maklumat yang perlu dikongsi demi kepentingan negara dan pengetahuan rakyat keseluruhannya.

“Tetapi pada pagi Isnin yang sama 10.04 pagi, saya masih ingat saya menerima mesej dari pegawai mengatakan atas arahan panel RCI, mereka berpendapat tidak perlu panggil saya.

Haniff seterusnya telah menghantar sepucuk surat pada hari yang sama kepada RCI menawarkan diri untuk menjadi saksi.

“So yang penting di sini, bagi saya, kalau RCI diniatkan sebagai jujur dan amanah untuk mencari kebenaran, maka panggillah saksi yang awak telah tentukan adalah saksi potential, jangan tak panggil saya. Ujarnya.

Tun Dr Mahathir Mohamad di sapina ke Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berkaitan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. Prosiding tersebut dijadualkan pada 12 jun, hari ini.

Terdahulu, pada Januari 2024, Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan dengan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir selatan.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Pulau Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia, selain memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya. – malayadaily.com

Sepuluh tahun kemudian, pada 28 Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan membatalkan keputusan ICJ yang menganugerahkan bidang kuasa undang-undang Batu Puteh kepada Singapura.

Pada Mac 2023, Awani melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mendedahkan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pernah menzahirkan rasa murka ekoran tidak merujuk baginda dalam keputusan berhubung isu tuntutan Batu Puteh (Pedra Branca). – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp