TERKINI

RM11 Bilion Wang Tak Dituntut Rakyat – Ahmad Maslan

foto sinceredsx

PUTRAJAYA, 13 April 2023 – Sebanyak RM11 bilion wang tidak dituntut (WTD) direkodkan setakat Mac tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan.

Beliau berkata, bagaimanapun sebanyak RM3.2 bilion WTD dibuat bayaran balik.

“Bayaran dibuat kepada empunya membabitkan akaun simpanan, insurans, deposit dan lain-lain.

“Sebanyak 354,912 permohonan tuntutan dalam talian diterima,” katanya pada sidang media di Jabatan Akauntan Negara (JANM).

Beliau berkata, bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap isu itu, JANM membangunkan aplikasi mudah alih iaitu eGumis Mobile yang dijangka boleh digunakan pada suku ke-4 tahun ini.

Dalam pada itu, Ahmad berkata kerajaan bercadang meminda Akta Wang Tak Dituntut 1965.

Beliau menjangkakan akta itu akan dibentangkan hujung tahun ini di Dewan Rakyat.

“Ini bagi tujuan melancarkan operasi pengurusan WTD supaya lebih cekap dan efisien serta dapat meningkatkan pematuhan syarikat/firma terhadap Akta Wang Tidak Dituntut 1965,” katanya.

Ahmad berkata, antara cadangannya adalah untuk meminda tempoh pindahan ke akaun hasil disatukan dari 15 ke 10 tahun. – sumber fmt

Facebook
Twitter
WhatsApp