TERKINI

Sekolah Vernakular : Keputusan Mahkamah Persekutuan, tak bermakna isu ini sudah selesai – Haniff Khatri

PUTRAJAYA, 25 Feb 2024 – Cabaran terhadap Sekolah vernakular telah dimuktamadkan oleh mahkamah Persekutuan dengan keputusan hakim yang menolak permohonan untuk kebenaran rayuan ke mahkamah Persekutuan.

Namun demikian, Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri berkata sungguhpun keputusan tersebut telah dimuktamadkan, ia tidak bermakna bahawa perkara ini dianggap selesai dari dari sudut sistem tadbir urus negara.

“Isu-isu yang berkaitan dengan polisi kerajaan dan berkaitan dengan kesejahteraan rakyat dan perhubungan diantara perpaduan negara, kerajaan boleh dari masa ke semasa menilai sekiranya ada perkara-perkara yang perlu diperbetulkan, maka undang-undang boleh dilakukan untuk ke arah pembetulan isu-isu tersebut.

“Maksudnya, sekiranya daripada kajian-kajian yang teliti didapati bahawa antara perkara yang menyumbangkan kepada keretakan permasalah perpaduan rakyat, perpaduan rakyat Malaysia, sama ada bangsa apa sekalipun, agama apa sekalipun, adalah disumbangkan oleh kewujudan sekolah-sekolah ini, maka kerajaan boleh diminta untuk menilai semula polisi dan membuat pindaan kepada perlembagaan jika perlu. Ujarnya.

Tambah Haniff lagi, sekiranya pindaan perlembagaan perlu dilakukan ia perlu dibawa menurut permintaan rakyat, melalui kajian-kajian yang rapi dan perlu diputuskan oleh wakil-wakil rakyat di Parlimen.

“Pengadaan sekolah-sekolah vernakular mungkin langkah pertama adalah untuk menentukan tidak ada kewujudan sekolah vernakular yang baru dan secara perlahan-perlahan 3, 6, 9, 10 tahun.

“Langkah-langkah diambil untuk menutup sedikit demi sedikit konsep penggunaan bahasa pengantar lain supaya sekolah itu boleh diteruskan tapi dari sudut sekolah kebangsaan ini perlu dibawa menurut permintaan rakyat, melalui kajian-kajian yang rapi dan perlu diputuskan oleh wakil wakil rakyat di Parlimen. Ujarnya.

20 Feb lalu, Panel tiga hakim yang dipengerusikan Mary Lim Thiam Suan dalam keputusan 2-1, menolak permohonan yang difailkan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena).

Sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil akan terus beroperasi secara sah selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan dua NGO untuk kebenaran memfailkan rayuan untuk membatalkan keabsahan sekolah itu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp