TERKINI

SG4 : Tak Salah Tun M Bimbing Untuk Majukan Negeri – Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan – foto ABC

KUALA LUMPUR, 19 Sept 2023 – Pemimpin Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan bahawa tidak salah sama sekali Tun Dr Mahathir Mohamad mahu membimbing negeri-negeri yang dipimpin oleh orang-orang Melayu, yang dianggap mundur, boleh maju setanding dengan negeri-negeri maju lain.

Menurut Khairuddin, membangunkan serta memajukan negeri-negeri di bawah gerakan ‘SG4’ ini juga adalah sebahagian dari agenda pembangunan negara.

“Yang penting ialah kita kena lawan rasuah serta ubah kaedah kepimpinan berteraskan bersih, cekap serta amanah sekiranya mahu melakukan transformasi pembangunan ekonomi secara efektif di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

“Takkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang amat berpengalaman luas membina negara selama 22 tahun 22 bulan secara jujur mahu membimbing untuk bangunkan ekonomi di negeri-negeri ‘SG4’ dianggap  khianat?!, ujar Khairuddin.

Menurut Khairuddin, prinsip Tun Dr Mahathir Mohamad lain dari yang lain kerana akhirnya beliau akan meletakkan kepentingan ‘bangsa serta negara’ di atas segalanya.

“Tokoh negarawan terulung ini hanya mahu melihat negeri-negeri ‘SG4’ ini transform dan bangun setanding dengan negeri-negeri maju lain di tanahair kita.

“Secara jujur dan ikhlas, tiada sebarang agenda politik dalam gerakan ‘SG4’ dan tidak terlintas langsung di benak hati kecil Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bermusuh dengan kerajaan persekutuan.

Mengulas kenyataan pihak-pihak yang mempertikai kerjasama Tun Mahathir dalam SG4 ini, Khairuddin berkata, hanya orang bodoh saja yang akan menentang niat murni Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Hanya orang bodoh saja yang akan menentang niat murni Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membangunkan ekonomi negeri-negeri ‘SG4’ demi kesejahteraan rakyat tanpa kira kaum mahupun agama di negeri-negeri tersebut.

“Gerakan ‘SG4’ tidak akan kaitan langsung dengan agenda politik dan jauh sama sekali sebagai lambang untuk bermusuh dengan kerajaan persekutuan.

“Semua pihak tidak harus takut dengan ‘bayang-bayang’ sendiri kerana pendirian ikhlas Tun Dr Mahathir Mohamad ini secara tidak langsung turut akan membantu kerajaan persekutuan dalam agenda memperkasakan pembangunan ekonomi di peringkat negeri-negeri yang berada di bawah Malaysia. Katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp