TERKINI

SG4 : Tun Mahathir Memang Layak – Tan Sri Ahmad Zaki

Ahmad Zaki Ansore – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 21 Sept 2023, Bekas Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusuf menyifatkan bahawa pelantikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat tidak rasmi bagi empat buah negeri dalam kerjasama yang dikenali sebagai SG4 sebagai memang layak khususnya dalam memberikan idea untuk membangunkan negeri SG4.

Beliau berkata, tiada masalah dengan pelantikan tersebut.

“Saya tiada masalah pelantikan Tun M sebagai Penasihat di SG4.

“Beliau memang layak dan diharap dapat memberikan idea untuk membangunkan lagi SG4, ujar beliau kepada malayadaily, semalam.

Beliau menyifatkan empat negeri dalam kerjasama SG4 itu sebagai “Malay Belt” yang perlu dipertingkatkan dengan lebih hebat jika negara ingin mencapai status negara maju.

“(4 negeri) yang biasa disebut the Malay Belt. Jika Malaysia ingin mencapai status negara maju, SG4 perlu dipertingkat dengan lebih hebat.

“Hakikat kerajaan pusat tidak selari dengan kerajaan negeri adalah satu fakta yang boleh diatasi dengan kebijaksanaan SG4. Katanya.

Menurut Ahmad Zaki lagi, kerajaan pusat tidak wajar meminggirkan SG4 kerana negeri tersebut dalam Malaya yang membentuk Malaysia.

“Kerajaan pusat tidak wajar meminggirkan SG4 kerana mereka juga dalam Malaya yang membentuk Malaysia.

“Perancang pembangunan negara spt Kem Ekonomi, Kementerian Kewangan dan penyelaras pelaksanaan ie ICU perlu gembeling usaha bagi mencapai kemajuan yang diharapkan ini. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp