TERKINI

Shein saman Temu, dakwa langgar hak cipta

foto CNBC

AMERIKA SYARIKAT, 22 Ogos 24- Shein, syarikat memfokuskan penawaran pakaian pada harga sangat kompetitif, telah memfailkan saman ke atas Temu, yang mendakwa Temu telah melanggar hak cipta, selain turut telah mencuri rekaan pakaian Shein dalam membangunkan platform Temu tersebut.

Saman difailkan di mahkamah di Amerika Syarikat. Temu turut dikatakan membawa pengguna untuk memuat-turun dan membeli menggunakan harga yang sangat rendah, membuatkan Temu tidak menjana sebarang keuntungan – malah subsidi akan setiap pembelian, sekaligus membawa kepada kehilangan duit pada setiap transaksi.

Temu turut di dapati tidak mengawal penjualnya daripada melanggar hak cipta pihak lain, serta menjual barangan tiruan melalui platform tersebut.

Shein dalam saman sama turut menyatakan Temu pernah berperwatakan seperti Shein di media sosial dalam mencuri pelanggan dan membawa mereka dari platform Shein ke Temu.

Persaingan antara kedua-dua platform tersebut turut membawa masing-masing menyalahkan satu sama lain, dalam terus mendapatkan pegangan pasaran. Selain antara platform, beberapa jenama besar turut pernah mengadu mengatakan terdapat rekaan tiruan yang dijual melalui platform berkaitan.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan bagaimanakah perbicaraan dan siapakah yang akan memenangi saman berkenaan. – Amanz

Facebook
Twitter
WhatsApp