TERKINI

Siasatan Ke Atasnya Hanya Untuk Bunuh Karekter Seseorang – CEO MBI

Muhamad Sobri Osman – foto youtube

KUALA LUMPUR, 23 Julai 2023 – Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI), Tn Haji Muhamad Sobri Osman mendakwa siasatan berhubung kait REE adalah bertujuan mahu mencalarkan imej dan memburukkan perwatakan seseorang.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah ‘Gelombang Perikatan Nasional’di Padang Awam Kuala Ketil, Kedah yang disiarkan secara langsung menerusi youtube.

Ketika berucap beliau menjelaskan bahawa proses perundangan bermula dengan mengambil keterangan dan setelah itu ia akan dikaji samada ada kes atau pun tidak ada kes dan seterusnya jika ada kes maka pertuduhan akan dibuat serta proses perbiacaraan bermula.

“Orang ramai tidak tahu, kebanyakkan orang ramai tidak faham bagaimanakah proses perundangan.

“Yang pertama yang berlaku mereka mengambil keterangan. Selepas mengambil keterangan yang mana untuk saya diambil keterangan, 3 hari berturut-turut, untuk menyediakan kertas siasatan sejumlah 27 muka surat. Selepas keterangan ini diambil, maka ia akan dikaji samada kes atau pun tidak ada kes.

“Kalau ada kes maka akan dibuat pertuduhan, itu tahap yang ke dua. Dan tahap yang ke tiga, jika ada pertuduhan kita kena hadir ke mahkamah untuk dibicarakan samada kita bersalah atau pun tidak bersalah.

“Tetapi bagi musuh politik kita, soal menwujudkan pertuduhan, soal bicara di mahkamah, soal keputusan mahkamah, (bagai saya) tidak penting bagi mereka. Yang penting adalah mencalarkan imej, memburukkan perwatakan kerana mereka sungguh-sungguh mahu membunuh karekter seseorang. Ujar Muhamad Sobri.

Beliau menambah bahawa siasatan ini hanya mahu menggambarkan beliau jahat dan gambaran itu ditunjukkan dengan memakai baju oren, lokap.

“Yang cuba dibangunkan, yang cuba ditunjukkan tidak ada lain, kita adalah orang jahat sebab apa? kita pakai dengan baju oren, lokap, mencerminkan kita orang salah. Orang awam tidak tahu salah atau pun tidak, kita baru diambil statement (keterangan).

“Statement (keterangan) yang diambil daripada saya tidak satu yang khusus menunjukkan kita (ada) salah laku, tidak tahu apakah pertuduhan yang akan mereka bawa, tetapi imej yang ditaburkan kepada rakyat seolah-olah kita salah. Katanya.

Muhamad Sobri menegaskan bahawa tidak ada apa-apa salah laku yang dibuat.

“Maka pada malam ini saya hadir menegaskan, insyaallah tidak ada apa-apa (salah laku) yang kita buat. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp