TERKINI

Strategi 3R diguna seperti label ‘anti-semitik’ untuk kekang pengkritik, kata Mahathir

Mahathir Mohamad (tengah) – foto malayadaily.com

PUTRAJAYA, 8 Mei 24 – Bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa label 3R (Race, Religion, Royal – agama, bangsa dan Institusi Diraja) digunakan untuk menutup kritikan, sepertimana label ‘anti-semitik’yang digunakan oleh orang Yahudi terhadap pengkritik mereka.

Dalam satu entri di laman sosial X, semalam, Mahathir berkata perkataan ‘anti-semitik’ dicipta oleh orang Yahudi untuk melindungi mereka dari kecaman terhadap kesalahan perlakuan mereka.

“Mereka menjadikan segala teguran terhadap mereka sebagai satu kesalahan. Demikianlah sehingga sampai ke tahap kritik terhadap Yahudi boleh undang hukuman dipenjara.

“Secara tidak langsung pengkritik diberi label anti-Semitik seperti satu label yang dihina oleh masyarakat. Ujarnya.

Menurutnya, pendekatan yang sama digunakan di Malaysia apabila pengkritik menyentuh isu tertentu dan dilabel sebagai 3R.

“Di Malaysia pendekatan yang sama diguna. Didakwa bahawa sentuhan terhadap tiga perkara dijadikan kesalahan. Dia bukan undang-undang. Tetapi kesannya seperti undang-undang.

“Jika tiga perkara ini disentuh oleh sesiapa, ia boleh dihadapkan tindakan seperti ia mencabul undang-undang. Kata Mahathir.

Mahathir juga menegaskan kesan daripada larangan tersebut menyebabkan perbincangan tidak boleh diadakan dan menyelamatkan pihak tertentu dari menerima kritikan.

“Ingatlah, terlarang sentuhan 3R menghasilkan kesan kepada kerajaan seperti anti-semitism menyelamatkan Yahudi dari kecaman terhadap kezaliman mereka.

Julai tahu lalu, Kerajaan Perpaduan memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak yang cuba bertindak melampau dengan memainkan isu 3R (agama, bangsa dan Institusi Diraja).

Terdahulu, pada Mac 2023, Mahathir melancarkan Proklamasi Orang Melayu. Proklamasi tersebut mengandungi dua belas perkara yang ditulis sendiri oleh Dr. Mahathir sebagai agenda orang Melayu dan bukan agenda mana-mana parti politik.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan Mahathir mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah berkaitan proklamasi orang Melayu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp