TERKINI

Teguhkan PN, Hidupkan MN, Tolak Zahid, Tolak PH – PAS

Abdul Hadi Awang – foto Kosmo

TEMERLOH: PAS akan terus mengajak Umno menyertai gagasan Muafakat Nasional (MN), dengan syarat tidak melibatkan presiden parti itu, Zahid Hamidi.

Presiden PAS Hadi Awang mendakwa, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno selain Zahid bagi membincangkan agenda menghidupkan semula MN ‘sebenar’.

“Yang asal kita bincang ialah penyatuan orang Melayu Islam dan Bumiputera, sebabkan pihak-pihak Umno, (tetapi) tidak Zahid, pemimpin Umno masa Zahid cuti, kita setuju kumpul Ahli Parlimen Bumiputera untuk (bincang) ambil alih kerajaan bersama Bersatu.

(Kita cadang hendak) tarik pemimpin-pemimpin Melayu Bumiputera, termasuk dalam kalangan bukan Islam dan tidak ekstrem, katanya pada sidang media Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh.

Terdahulu, dalam ucapan dasarnya, Hadi berkata, PAS tetap teguh mempertahankan PN dan menghidupkan MN yang ‘sebenar’, namun tidak sesekali berhasrat menyertai Pakatan Harapan (PH) dalam ‘apa jua bentuk’. – FMT

Facebook
Twitter
WhatsApp