TERKINI

Terus Pelihara Hutan Simpan Kekal – Sultan Selangor

foto Facebook Royal Selangor Office

SHAH ALAM, 18 Mac 2023 – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar Kawasan hutan simpan kekal di Selangor yang berkeluasan 108,000 hektar terus dipelihara.

Menurut hantaran Facebook Selangor Royal Office semalam, baginda turut mencadangkan kerajaan negeri melanjutkan tempoh dasar pembalakan pemantauan, yang kini ditetapkan selama 25 tahun, untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti pembalakan di dalam hutan simpan kekal sejak 2009.

“Baginda juga telah menitahkan agar Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang memiliki ijazah dalam Ekologi dan Biologi Alam Sekitar, untuk memantau rapat usaha-usaha mengekalkan persekitaran hijau Selangor dengan sasaran penanaman tidak kirang 11 juta pokok menjelang 2026.

Terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) baharu Azhar Ahmad dan bekas pengarah Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid di Istana Bukit Kayangan, di sini.

Turut berkenan berangkat Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Pada pertemuan itu, Sultan Selangor disembah maklum mengenai perkembangan terkini usaha pembangunan dan penggazetan Kawasan rizab hutan simpan Taman Warisan Negeri Selangor menerusi Pelan Induk 2023-2032. – sumber BERNAMA

Facebook
Twitter
WhatsApp