TERKINI

Tidak Timbul Isu Keluar GTA, Keutamaan Hanya Pada Proklamasi – Tun M

Foto malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2023 – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa beliau hanya akan memberi lebih tumpuan kepada gerakan Proklamasi Tanah Air (Proklamasi).

Ini kerana jika beliau bergerak dalam kerangka parti politik, orang lain sukar untuk menyokong usaha Proklamasi yang diperjuangkannya.

“Berkait kenyataan saya bahawa saya tidak lagi bersama Gerakan Tanah Air, saya ingin jelaskan bahawa keputusan ini kerana saya ingin tumpu kepada Proklamasi Tanah Melayu.

“Saya merasa bahawa jika saya bergerak di atas landasan parti politik, ada orang Melayu dari parti politik yang lain tidak begitu selesa untuk menyokong proklamasi tersebut. Katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya.

Bagi beliau, Proklamasi ini adalah untuk menyatukan semua orang Melayu, samada ia ahli UMNO, PKR dan AMANAH juga segelintir dalam DAP boleh menandatanganinya jika mereka bersetuju untuk memperjuangkan nasib bangsanya.

“Proklamasi ini bertujuan menyatu orang Melayu melangkaui garis politik.

“Ini bermakna orang Melayu yang juga ahli UMNO, Parti Keadilan Rakyat dan Amanah serta juga segelintir yang ada di dalam DAP, jika berkongsi kesedaran yang ditimbul oleh Proklamasi ini akan turut menandatanganinya.

Mahathir mengulangi pendiriannya bahawa untuk aktif dalam parti politik, ia bukan suatu keperluan buat masa ini kerana keutamaan sekarang ialah untuk mendapatkan sokongan orang Melayu kepada Proklamasi.

“Sama ada saya akan bergiat di atas landasan politik selepas ini bukan sesuatu yang perlu saya fikir ketika ini.

“Yang penting ialah mendapatkan sokongan orang Melayu untuk Proklamasi ini.

Mahathir turut menggesa agar orang Melayu terus menyokong dan menandatangani Proklamasi Orang Melayu di pautan (https://shorturl.at/ltGP0) – malayadialy.com

Facebook
Twitter
WhatsApp