TERKINI

Tindakan Menteri Pelancongan memalukan – Rais Yatim

Rais Yatim (tengah) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 26 Feb 2024 – Bekas Yang di-Pertua Dewan Negara, Dato’ Seri Utama Rais Yatim mempersoalkan tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang bertindak menurunkan pangkat Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

Dalam satu entri di media sosial facebook, Rais Yatim menyifatkan tindakan tersebut menjatuhkan air muka pegawai dan ia belum pernah berlaku dalam sejarah perkhidmatan awam negara.

“Dalam sejarah Perkhidmatan Awam tanah air, menteri tak pernah menurunkan pangkat seseorang ketua Jabatan atau kementerian dengan membuat kenyataan umum menjatuhkan air muka pegawai.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana hukuman dibuat sedangkan jumlah capaian pelancongan melebihi 26 juta bagi 2023.

Dalam kenyataan yang sama, Rais Yatim turut mempersoalkan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Ketua Setiusaha Negara (KSN) yang diam dan tidak berbuat apa-apa.

“Wahai KP JPA, nak diam sajakah?

“Wahai KSN, nak ngok sajakah?

Baru-baru ini Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing telah bertindak menurunkan pangkat Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

King Sing turut mempertahankan tindakan terhadap Ammar yang dibuat mengikut proses dan prosedur ditetapkan dan bukannya menyalahgunaan kuasa sebagai menteri.

Menurut laporan Berita Harian, kementerian telah melantik Pengarah Kanan Promosi Antarabangsa (Asia dan Afrika), P Manoharan yang kini menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perancangan bagi menggantikan Ammar. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp