TERKINI

Tukar menteri pelancongan, kata Perkasa

Syed Hassan Syed Ali (kiri) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 8 Mac 2024 – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memecat atau menukar  Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing, yang didakwa banyak mencetuskan kemarahan rakyat.

Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali juga menggesa Perdana Menteri mengambil peduli isu-isu yang memalukan berlaku dalam Kementerian Pelancungan, Seni dan Budaya

“Perkasa ingin menggesa YAB Perdana Menteri mengambil peduli isu-isu yang memalukan berlaku dalam Kementerian Pelancungan, Seni dan Budaya yang menjadi tular di media sosial sejak isu pemecatan Ketua Pengarah Penggalak Pelancungan Malaysia baru-baru ini.

“Sudah sampai masanya Menteri Kementerian itu yang beberapa kali telah cetuskan kemarahan rakyat atas tindakan-tindakannya selalu dipertikaikan banyak pihak, dipecat atau ditukarkan ke kementerian lain. Ujarnya.

Menurut Syed Hassan, masalah Kementerian tersebut juga telah tercalar akibat campur tangan Menteri berkenaan dengan tugasan Pegawai Immigresen Malaysia di KLIA menghalang kemasukan seorang wanita warganegara China tidak lama dulu.

“Di mana tatakelola yang sentiasa diwar-warkan dan ditekankan oleh Perdana Menteri setiap kali berucap di majlis-masjlis rasmi Kerajaan dan dalam program-program parti politik?

“Perkasa mahu mana-mana pihak yang terjejas dan tidak puas hati dengan Menteri terbabit perlu berani ke depan untuk ambil tindakan undang-undang atau lapurkan secara rasmi kepada pihak yang berkenan terhadap Menteri tersebut.

Dalam kenyataan yang sama, Perkasa juga memohon Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan perlu membela Pegawai-Pegawai Kementerian atau Agensi Kementerian yang bermasalah dengan Menteri, untuk mendapat keadilan demi pegawai itu mendapat hak mereka.

“Negara ini ada undang-undang dan peraturan-peraturannya dan siapa sahaja waimah Menteri sekali pun perlu akur. Jangan jadikan Kementerian seperti syarikat keluarga. Katanya.

Baru-baru ini Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing telah bertindak menurunkan pangkat Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan pelbagai pihak yang dianggap sebagai memalukan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp