KUALA LUMPUR, 5 Jan 2024 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir pihak-pihak yang heboh bercakap mengenai Langkah Dubai dan menggambarkannya sebagai usaha untuk menubuh kerajaan pintu belakang.
Beliau dalam satu entri di media sosial X berkata, usaha politik langkah-melangkah tersebut adalah kepakaran Perdana Menteri berdasarkan beberapa usaha beliau yang terdahulu.
“Sepanjang ingatan saya usaha politik langkah-melangkah, kerajaan pintu belakang atau backdoor Government adalah kepakaran Perdana Menteri.
“Saya pasti ramai yang masih ingat langkah 16 September tahun 2008 untuk menubuh backdoor Government. Selain itu, ada juga Langkah Kajang untuk naikkan isteri jadi MB Selangor. Ujarnya.
Beliau juga mengingatkan lagi usaha Anwar Ibrahim yang sebelum ini dilakukan untuk menukar kerajaan dan menjadi perdana menteri.
“Ada juga langkah yang bersandar kepada โ๐ ๐ฉ๐๐ท๐ ๐ก๐ฉ๐ ๐๐ถ๐๐ฃ๐๐ณ๐ โ dan juga langkah โ๐ด๐ก๐ณ๐๐ฏ๐, ๐ง๐๐ณ๐๐ช๐๐ข๐๐ญ๐ ๐๐ฏ๐ ๐๐ฐ๐๐ท๐๐ฏ๐๐ช๐๐จ ๐ฎ๐๐ซ๐๐ณ๐๐ต๐ฆ.โ
“Semuanya adalah langkah-langkah untuk mengambil-alih kerajaan secara backdoor. Katanya.
Mahathir mempertikaikan langkah-langkah yang sedang diusahakan ketika itu, tidak dianggap derhaka, satu pengkhianatan atau yang akan menyebab kerajaan tidak stabil, merosak ekonomi atau melanggar prinsip demokrasi.
“Kerajaan pintu belakangnya halal dan suci asalkan dapat jadi PM. Ujar Mahathir.
Baru-baru ini, beberapa pihak heboh memperkatakan ‘Langkah Dubai’ yang didakwa sebagai suatu cubaan untuk menukar kerajaan sedia ada.
Pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan menerima laporan risikan berkaitan Langkah Dubai, sejurus beberapa pemimpin dikaitkan dengan gerakan tersebut tiba di tempat pertemuan termasuk laporan selepas pertemuan selesai. – malayadaily.com