TERKINI

“Tun Daim ke Tun Mahathir, saya tidak peduli.. yang kamu sakau itu kembalikan kepada orang Melayu” – Anwar Ibrahim

Foto – Youtube

PERMATANG PAUH, 7 Mei 2023 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar bekas pemimpin dan pembesar yang mendapat keuntungan ketika era pemerintahan mereka untuk berkongsi kekayaan dengan orang Melayu yang lain.

“Saya hendak beritahu pembesar, Tun, Tan Sri yang kaya ini, kalau betul hendak tolong Melayu, yang kamu ambil berpuluh bilion itu (ketika pentabiran), bagi setengah (daripadanya) kepada orang Melayu.

“Tun Daim (Zainuddin) ke Tun Mahathir (Mohamad), saya tidak peduli, berapa kekayaan, RM10 bilion, RM15 bilion, kalau betul hendak (cakap) hidup Melayu dan perjuangkan (hak) Melayu, yang kamu sakau itu kembalikan kepada orang Melayu,” katanya.

Jelasnya lagi, ini kerana pemimpin-pemimpin berkenaan dilihat hanya mengaut keuntungan untuk diri sendiri dan keluarga ketika pentadbiran masing-masing.

Namun apabila mereka tidak lagi berkuasa, isu membabitkan penyatuan serta kekuatan orang Melayu baru dibangkitkan dan diperjuangkan individu berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Aidilfitri sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Peringkat Negeri Pulau Pinang bersama Perdana Menteri, di UiTM Permatang Pauh, pada Sabtu. – Awani

Facebook
Twitter
WhatsApp