TERKINI

Tun Tidak Cadang Haramkan UMNO, Anwar Yang Menentang Ahli UMNO Sertai Bersatu – Marzuki Yahya

Marzuki Yahya, Anwar Ibrahim – malayadaily.com

KUALA LUMPURA, 17 jULAI 2023 – Ketua Setiausaha Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Wira Marzuki Yahya menafikan tuduhan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad ingin mengharamkan Umno, selepas Pakatan Harapan (PH) menubuhkan kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Marzuki, sebaliknya menegaskan, Mahathir yang merupakan perdana menteri waktu itu, tidak pernah mengemukakan cadangan untuk mengharamkan Umno pada waktu itu sebaliknya beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Ada pandangan dan suara nak haramkan Umno. Pendirian Mahathir sebagai perdana menteri waktu itu menyerahkan kepada ROS untuk selesaikan masalah itu.

“Tiada usaha atau cadangan daripada Mahathir untuk haramkan Umno. Apa yang berlaku sebaliknya Anwar sendiri, atau daripada ahli parlimen atau pemimpin dalam PH yang menentang keputusan Mahathir menerima ahli parlimen daripada Umno menyertai Bersatu, itu berlaku,” kata Marzuki, kepada Malayadaily.

Anwar, pula pada ketika itu melihat Umno sebagai ancaman kepada PH, kata Marzuki, yang ketika itu merupakan setiausaha agung Bersatu.

“Untuk beliau menuduh Mahathir nak haramkan Umno tak tepat sebab waktu itu mereka anggap Umno sebagai ancaman kepada Anwar dan kumpulan dalam PH.

“Sekarang bila dah berbaik dengan Umno nak meletakkan kesalahan, kepada Mahathir dan (Presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin, itu tuduhan semberono bermotifkan politik,” kata Marzuki.

Tegasnya, Mahathir ketika itu berusaha untuk meletakkan perbezaan politik antara orang Melayu dan cuba untuk menyatukan etnik tersebut yang berpecah belah.

“Masa waktu lepas PRU14, usaha Mahathir adalah untuk tidak meletak perbezaan politik antara orang Melayu malah beliau cuba satukan orang Melayu tanpa mengira latar belakang politik, waktu itu.

“(Sedangkan) Anwar, merupakan perdana menteri yang tidak konsisten terutama dalam membawa wadah perjuangan sebenarnya di bawa PH.

“Kini beliau menjadi sebagain daripada Umno dan sebahagian parti lain menubuhkan kerajaan. Saya rasa ini bertentangan dengan prinsip yang beliau sampaikan kepada rakyat,” kata Marzuki lagi.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa ada individu berjaya menghalang usaha mengharamkan Umno, namun beliau tidak mendedahkan identitinya.

Anwar dalam satu program di Kedah baru-baru ini mendedahkan, beliau bersama Lim Guan Eng yang ketika itu merupakan setiausaha agung DAP dan Presiden Amanah Mohamad Sabu membantah cadangan tersebut.

“Saya cerita pengalaman bagaimana Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin pakat untuk haramkan Umno, saya ke rumah Muhyiddin, memang tegang. Saya lawan Umno masa itu, tetapi saya tak setuju haramkan Umno.

“Umno ada sejarah sendiri, sejarah perjuangan kebangsaan, ini parti ibu bapa saya. Saya beza pendapat, tapi haramkan itu bukan penyelesaian. Kita tak boleh padam sejarah, alasan apa nak haramkan?,” katanya, seperti dilapor portal FMT.

Beliau berkata demikian, pada Jelajah Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah, baru-baru ini.

Malah, Zahid juga katanya menjadi mangsa serangan Perikatan Nasional (PN) yang mahu mengalih sokongan ahli Umno, selepas pengharaman itu gagal dilakukan. – malaydaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp