KUALA LUMPUR, 10 Dis 2023 – Wakil parti PUTRA, Datuk Dr. Mohammad Fairus Bin Khairuddin membidas kenyataan Senator Senator Ti Lian Ker yang mengaitkan Kongres Ekonomi Bumiputera dengan elemen salah guna kuasa seperti yang didakwa dalam ucapannya.
Fairus yang juga Ahli Dewan Tertinggi (ADT) parti Putra berkata, kedua-dua perkara itu adalah berasingan sama sekali dan bukannya saling melengkapi malah bukan sama sekali juga pencirian kepada maksud agenda Bumiputera itu sendiri.
“Amat dangkal dan bebal untuk cuba menyamakan Kongres Ekonomi Bumiputera dengan apa jua elemen salah guna kuasa atau apa jua yang sumbang dilakukan oleh segelintir elit penguasa seperti huraian sumbang dan dangkal Ti Lian Ker itu.
“Penyalahgunaan kuasa tiada kaitan dengan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera. Ia adalah dua perkara yang berbeza sama sekali.
Menurut Fairus, penyalahgunaan kuasa juga pada hakikatnya berlaku dalam semua komuniti dan bangsa bukan hanya terhad kepada elit Melayu sahaja.
“Malah ramai juga daripada kalangan orang Cina dan India serta lain-lain bangsa juga melakukannya apabila sirna dan hilang pegangan adab serta akhlak yang mulia. Ujarnya.
Baru-baru ini, tular satu rakaman video satu ucapan Ti Lian Ker dari MCA, di mana di dalam ucapannya beliau mempertikaikan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera.
Dalam uacapan tersebut, Lian berkata beliau berharap Kongres Ekonomi Bumiputera ini kongres ekonomi terakhir dan di masa depan kongres ekonomi negara dan seluruh bangsa Malaysia dapat dianjurkan.
“Negara tidak akan maju ke hadapan sekiranya kongres sedemikian bertumpu pada golongan, khususnya elitis Melayu yang seringkali menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan pengaruh dan kedudukan mereka untuk menjutawakan diri tetapi memiskinkan negara. Kata Lian. – malayadaily.com