TERKINI

UMNO Khadam DAP – Mahathir

KUALA LUMPUR, 8 Jan 25 – Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menyifatkan UMNO kini telah menjadi khadam kepada parti DAP.

Dalam kenyataannya awal minggu ini, Mahathir berkata ramai yang tidak faham kenapa UMNO menarik diri dari solidariti terhadap rayuan Najib berkenaan addendum sedangkan Yang di-Pertuan Agong tidak melarang apa-apa perhimpunan yang dirancang.

“Ramai yang tidak faham kenapa UMNO tarik diri dari solidariti terhadap appeal Najib berkenaan addendum.

“Kenyataan YDP Agong tidak melarang rally yang dirancang. Kenyataan Duli Yang Maha Mulia cuma menjelas cara pengampunan boleh diberi. Perhimpunan berkenaan addendum boleh diteruskan oleh UMNO. Katanya.

Mahathir berpendapat bahawa tentangan DAP terhadap kerjasama UMNO dengan PAS dalam isu perhimpunan solidariti ke atas Najib, mungkin akan menyebabkan UMNO tersingkir dari kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Kerajaan tidak akan jatuh jika UMNO disingkir. Tetapi nasib pemimpin UMNO boleh terjejas apabila UMNO bukan lagi dalam Kerajaan.

“Inilah nasib UMNO. Keselamatan pemimpin UMNO bergantung kepada sertaan dalam Kerajaan.

“Sokongan DAP diperlukan. Ujar Mahathir.

Sebelum ini, UMNO merancang untuk mengadakan perhimpunan di pekarangan Istana Kehakiman di Putrajaya pada Isnin depan bagi menyatakan solidariti terhadap Najib berhubung isu Titah Adendum.

Bagaimanapun selepas itu, UMNO mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan pada Isnin depan yang bertujuan menyatakan solidariti terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung isu Titah Adendum.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng membidas Umno kerana berganding bahu dengan PAS mengadakan perhimpunan solidariti untuk bekas perdana menteri Najib Razak, minggu depan.

Lim, yang juga pengerusi DAP, berkata ia akan menimbulkan keraguan tentang keikhlasan Umno menjadi rakan kongsi dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Umno mesti sedar bahawa sebarang program bersama dengan parti pembangkang PAS, baik perhimpunan solidariti ataupun demonstrasi, akan menimbulkan keraguan tentang kestabilan politik dan kedudukannya dalam kerajaan perpaduan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP Pulau Pinang di sini, disertai veteran parti itu, Lim Kit Siang. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp