KUALA LUMPUR, 3 Julai 2023 – Peguam terkenal, Rafique Rashid mempersoalkan tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang membuat kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.
Beliau menegaskan bahawa urusan berkait imigresen di pintu masuk sempadan adalah urusan dan bidang kuasa Jabatan Imigresen, bukan urusan menteri pelancongan.
“Isu Imigresen atau kemasukkan ke Sempadan negara urusan Jabatan Imigresen yang tatakelolanya adalah (dibawah) Kementerian Dalam Negeri. Menterinya Menteri KDN.
“Menteri Pelancongan tiada urusan berkait kemasukkan atau isu pasport atau isu visa ni. Ujar beliau dalam satu kenyataan, pagi ini.
Rafique juga menjelaskan, jika ada dakwaan wujudnya rasuah, maka itu urusan dibawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kononnya kalau wujud rasuah, ini isu SPRM, kenapa perlu serbu buat kecoh sedangkan kalau betul buatlah laporan biar SPRM siasat.
“Bagi saya ini ‘move’ politik semata-mata.
“Kerana (ini), tiba-tiba PM buat lawatan mengejut…kenapa KDN tak buat begitu? So to me ianya diversion semata-mata. Ulas Rafique yang juga Ketua Penerangan parti Pejuang. – malayadaily.com