TERKINI

Anwar ‘Banduan Terhormat’ ? – Peguam Kanan mengulas

Haniff Khatri (kiri) – malayadaily.com

Ulasan oleh Haniff Khatri yang dipetik dari rakaman video oleh beliau.

Berkaitan dengan perkara-perkara yang berbangkit daripada dakwaan Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10 melalui kenyataan beliau dalam suatu program di Axiata Bukit Jalil pada 21 September 2024 yang lalu, akan dapat menoktahkan isu ini sebaik yang mungkin dari sudut kedaulatan undang-undang dari sudut keluhuran perlembagaan.

Apa maksud saya? Anwar mendakwa bahawa dia seorang ‘banduan terhormat’ kerana dia telah pun dihadapi dengan tuduhan kejam dan zalim, dalam erti kata lain, dia mendakwa bahawa sistem perundangan dan kehakiman jenayah negara telah dari satu sudut, disalahgunakan ke tahap ianya menjadi kejam dan zalim terhadap beliau.

Perkara itu dibangkitkan oleh Anwar sendiri, bukan oleh orang lain, perkara itu dibangkitkan oleh Anwar pada 21 September baru-baru ini, tidak ada orang berminat nak membangkitkan perkara-perkara yang lalu melainkan ianya dibangkitkan secara salah oleh sesiapa sekalipun.

Oleh kerana itulah pada 23 hari bulan September, dua hari yang lalu saya telah pun mengeluarkan satu rakaman video (LINK) memperjelaskan jika Anwar masih mempercayai dia telah dilakukan dengan kejam dan telah dizalimi dalam proses keputusan dan hukuman dua kes lalu dan 1999 dan 2015, maka ada langkah perundangan yang wajar dilakukan untuk membersihkan namanya sebelum dia boleh mendakwa dia telah dizalimi ataupun dilakukan perkara kejam. Yang mana beliau telah gagal lakukan saya telah huraikan dalam video terdahulu.

Isu dia sekarang ni adalah kerana apabila perkara ini berbangkit, ada pula pihak yang mengatakan bahawa sekiranya anda mempersoalkan isu sama ada Anwar ini telah dibersihkan atau tidak, maka kononnya anda menyoal keputusan ke bawah Duli Yang DiPertuan Agong, yang memberikan pengampunan penuh pada 16 hari bulan Mei 2018, kononnya itu menyentuh secara salah isu 3R, ini bagi saya adalah satu kenyataan yang serong dan menyeleweng daripada sudut perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Saya perlu nyatakan dengan jelas di sini bahawa orang politik kekallah anda dalam keadaan politik anda, jangan memberi tafsiran perkara membabitkan undang-undang ikut suka hati anda sehingga menimbulkan kekeliruan, kecelaruan di minda rakyat, itu salah, itu bukan bidang awak.

Kalau semua masih ingat, apabila Anwar Ibrahim telah dilepaskan daripada penjara selepas pengampunan 16 Mei 2018, hampir satu negara yang dia telah jelajahi, dia telah mendakwa kononnya dia telah pun dibersihkan sesuci bayi tanpa ada apa-apa kesalahan melalui pengampunan itu.

Keduanya, maka timbullah persoalan yang prihatin dengan perlembagaan dan undang-undang, adakah itu betul, adakah Agong telah pun membersihkan seluruh kesalahan Anwar dengan membatalkan kesemua sabitan Anwar? Adakah itu terkandung dalam pengampunan Anwar? Itu persoalan pada masa itu.

Ada yang juga salah faham kononnya baru sekarang orang nak bangkitkan, pergi baca sejarah, pergi lihat kronologi peristiwa, bukankah ada ada tindakan mencabar pengampunan Anwar yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2019 di mana pada masa itu, isu utamanya adalah ; adakah pengampunan Anwar itu turut membatalkan sabitan? Itu persoalan yang sudah ditampilkan lima tahun lalu, bukan lima hari lalu.

Seperti yang cuba dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim dan apa yang berlaku dalam kes itu, selepas melalui proses-proses dan prosiding-prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, permohonan untuk kebenaran merayu telah difailkan lanjut ke Mahkamah Persekutuan, saya adalah peguam yang mengendalikan permohonan tersebut bagi pihak pemohon.

Anwar diwakili oleh mendiang Gopal seri Ram dan barisan peguam cara beliau sendiri. Kerajaan Malaysia diwakili oleh pejabat Peguam Negara kerana lembaga pengampunan juga telah dinamakan sebagai salah seorang atau salah satu responden.

Apa yang berlaku di mahkamah Persekutuan?

Sila dengar elok-elok dan tak payah dengar cakap saya sahaja, kerana rekod mahkamah wujud secara terjemahan (saya telah maklumkan dalam video yang lalu), sila semak terjemahan daripada pihak pemberita yang telah pun menurunkan keputusan mahkamah itu dalam bentuk transkrip.

Apa yang berlaku di Mahkamah Persekutuan, saya telah pun memaklumkan kepada mahkamah cuma ada satu soalan perlembagaan yang ingin ditampilkan untuk kebenaran iaitu adakah pengampunan DiRaja di bawah Perlembagaan perkara 42 boleh membatalkan sabitan ataupun ianya cuma berkaitan dengan isu-isu hukuman dan bentuk-bentuk hukuman? Itu persoalannya.

Mahkamah telah menangguhkan sebentar keputusannya untuk mempertimbangkan hujah kesemua pihak dan kemudian mahkamah Persekutuan, tiga panel hakim yang diterajuri oleh Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, telah keluar memberikan keputusan secara lisan dan di situlah wujudnya rakaman CRT yang kemudiannya diturunkan secara terjemahan.

Apakah keputusannya dalam bahasa asalnya beliau telah mengatakan dengan jelas “from our perusal within the four corners of the Pardon Document, there is nothing to indicate that the convictions were set aside.” Bahasa Melayu mudah; daripada pengamatan kami melalui keempat-empat penjuru dokumen pengampunan, tidak ada mana-mana bahagian yang telah membatalkan atau mengenepikan sabitan.

Oleh itu, antara lain, mahkamah telah menolak keperluan untuk menjawab soalan tentang adakah pengampunan boleh membatalkan sabitan, kerana mahkamah dapati tidak ada bahagian pengampunan yang telah membatalkan sabitan.

Itu sebabnya walaupun permohonan ditolak, pemohon telah menang klausa, telah menang perjuangan, iaitu menang perjuangan untuk mengesahkan bahawa pengampunan Anwar tidak membatalkan sabitan.

Bacalah laporan media 10 Januari 2023, tarikh keputusan. Baca dengan jelas, jangan dengar cakap saya semata-mata, saya bukan ahli politik yang cakap tanpa rujukan fakta terutamanya berkaitan dengan isu perlembagaan.

Jadi, apabila mahkamah sudah membuat penemuan bahawa pengampunan Diraja 16 Mei 2018 tidak membatalkan ataupun mengenepikan mana-mana sabitan, bagaimanakah sekarang ini ada yang mendakwa bahawa kononnya kesemua sabitan bersalah dalam kedua-dua kes 1999 dan 2015 telah dibatalkan, tidak wujud lagi, sesuci bayi yang bersih; itu palsu dari segi fakta.

Justeru, jangan ada yang nak menyeleweng mengatakan menyentuh isu ketiadaan batalan sabitan, kononnya menyentuh isu pengampunan Diraja adalah 3R. Itu satu lagi pendapat yang songsang dari segi undang-undang jangan timbulkan isu 3R secara songsang terutamanya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PKR Pulau Pinang dalam menjawab kepada pemimpin pemuda PAS, saya tidak berhasrat nak masuk perbalahan politik

Tapi jangan pula bila orang bangkitkan isu perlembagaan dan perundangan yang betul, anda dengan salah mengatakan itu menyentuh 3R, anda kena faham apa itu 3R.

Oleh itu saya mengatakan dengan tegas kali ini, supaya tidak perlu lagi diperjelaskan apabila Anwar telah gagal untuk mengambil tindakan sivil membatalkan segala prosiding dan keputusan mahkamah-mahkamah pada 1999 dan 2015, maka beliau tidak boleh sebagai seorang Perdana Menteri sekarang ini, menunding jari bahawa dia mangsa kezaliman dan kekejaman.

Itu menuding jari secara salah terhadap mahkamah dan sistem kehakiman, sistem perundangan, kononnya mereka bersekongkol dengan sistem kerajaan pada mana-mana tempoh tersebut perlu dibuktikan melalui tindakan sekarang apatah lagi bila Anwar adalah Perdana Menteri dan yang keduanya pengampunan itu tidak membatalkan sabitan seperti yang telah saya jelaskan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp