TERKINI

Anwar Tak Patut Tangguh Bicara, Buktikan Kebenaran

Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang dilahirkan dan ditakdirkan sebagai penipu yang senantiasa memfitnah orang lain demi untuk menutup semua kelemahannya.

Inilah strategi dan modus operandi Anwar Ibrahim untuk mengekalkan popularitinya.

Dia tidak mempunyai otak dan kebolehan untuk memimpin negara pada hakikatnya.

Sebagai seorang Perdana Menteri adalah tidak adil sama sekali apabila beliau terus memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad serta keluarganya di setiap majlis-majlis kerajaan mahupun program-program politik secara berterusan di seluruh negara.

Inilah perangai Anwar Ibrahim yang berani memfitnah musuh-musuh politiknya tetapi tidak berani bersemuka dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kamar mahkamah.

PMX harus bersikap berani untuk berhadapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di kamar mahkamah sekiranya beliau mempunyai bukti-bukti kukuh.

Mahkamah merupakan tempat yang paling baik untuk Anwar Ibrahim keluarkan serta pamerkan enam kotak-kotak bukti salahlaku Tun Dr Mahathir Mohamad yang digembar-gemburkan olehnya sejak tahun 1998 lagi.

Kini, Anwar Ibrahim sudah jadi Perdana Menteri yang memegang seribu satu kuasa dan harus bersikap seperti anak jantan untuk berhadapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di mahkamah.

Tun Dr Mahathir Mohamad sudah pun berumur 100 tahun dan Anwar Ibrahim sudahpun menjadi Perdana Menteri tetapi apa yang menghairankan keseluruhan rakyat Malaysia mengapa PMX ini takut untuk berhadapan dengan mantan Perdana Menteri dua kali atas dasar undang-undang.

Biar undang-undang dan mahkamah mengadili siapa yang benar dan siapa yang kaki penipu.

34 juta rakyat Malaysia serta dunia sedang menanti dengan penuh kesabaran untuk melihat Anwar Ibrahim berhadapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kamar mahkamah kelak.

Sesungguhnya, kalau Anwar Ibrahim berani memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad serta keluarga hampir setiap hari di seluruh pelusuk tanahair dan Tun Dr Mahathir Mohamad pula berani saman Anwar Ibrahim sejumlah RM150 juta maka PMX harus percepatkan proses perbicaraan ini memandangkan beliau pun sudah mempunyai enam kotak-kotak bahan bukti salah laku Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikumpul sejak tahun 1998.

Tiada alasan untuk menangguh kes ini yang sudah berlarutan hampir dua tahun masih tidak berjalan perbicaraannya.

Sebenarnya, di sini pun kita sudah boleh menilai siapa yang benar dan siapa kaki pemfitnah yang merasa takut dibelenggui oleh bayang-bayang bersalah?

Kini, Anwar Ibrahim bakal berhadapan dengan pepatah Melayu iaitu ‘buku bertemu ruas’ di mahkamah yang bakal mempamerkan ‘case of the year’ untuk ditontoni oleh keseluruhan rakyat Malaysia serta menjadi tumpuan dunia juga.

Cuma saya mohon agar Anwar Ibrahim jangan berperangai bacul seperti Zahid Hamidi yang akhirnya terpaksa memohon maaf pada Tun Dr Mahathir Mohamad di pertengahan perbicaraan yang disaksikan bukan saja oleh rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia senyum sinis di atas pendirian mutakhir Zahid Hamidi itu.

Saya yakin sejarah ini bakal berulang pada kes perbicaraan Tun Dr Mahathir Mohamad saman fitnah ke atas penyangak Anwar Ibrahim.

Sama-sama kita saksikan kelak. Insya-Allah.

Khairuddin Abu Hassan, ADT Muafakat Nasional

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp