TERKINI

Anwar Tidak Releven

Khairuddin Abu Hassan, Anwar Ibrahim – foto malayadaily.com

Sesungguhnya, individu yang paling tidak relevan dalam pesada politik negara adalah Anwar Ibrahim.

Selagi Anwar Ibrahim berada dalam lanskap poliitik maka selagi itulah politik negara menjadi huru-hara.

Asas percaturan politik Anwar Ibrahim berteraskan pada politik ‘pecah dan perintah.’

Anwar Ibrahim adalah ‘kaki penipu nombor satu’ yang tidak mempunyai ilmu bagi mentadbir negara secara efektif.

Beliau tidak mampu untuk mengemudi negara ke tahap yang lebih cemerlang dan kini pencapaian pentadbiran negara semakin merosot dalam segenap sektor.

Kekuatan Anwar Ibrahim adalah setiap hari menghadiri majlis bercakap untuk memfitnah serta menipu bagi melaksanakan ‘character assassinations’ terhadap musuh-musuh politik beliau semata-mata.

Ini adalah kerana Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang serba lemah senantiasa takut pada bayang-bayang sendiri.

Haram bagi kita melantik mana-mana individu ‘sewel’ dan ‘gila’ yang Nabi Muhammad saw tidak mengaku umat sebagai pemimpin utama kita.

Orang Melayu dan umat Islam di tanahair kita yang tercinta ini wajib tolak pemimpin ‘fasiq,’ ‘munafiq’ dan ‘hipokrit’ seperti Anwar Ibrahim.

Akhir kalam, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap relevan dulu, kini dan selamanya.

Buktinya pada usia 98 tahun seluruh dunia masih menjemput dan meraikan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga hari ini.

Tokoh Negarawan terulung negara amat dihormati serta disanjungi oleh pemimpin-pemimpin dunia.

Ini membawa erti Tun Dr Mahathir Mohamad diiktiraf relevan bukan saja dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Yang tidak relevan itu adalah manusia ‘fasiq,’ ‘munafiq’ dan ‘hipokrit’ seperti Anwar Ibrahim.

Allah swt tidak pernah mungkir janji dan kini Tuhan Yang Maha Esa sedang menunjukkan kepada kita secara terperinci akan siapa itu manusia ‘haprak’ yang bernama Anwar Ibrahim.

Macamana sekalipun musang menyarung bulu ayam; musang itu tetap musang pada realitinya.

Khairuddin Abu Hassan – Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp