TERKINI

Apa Itu Gelombang Ketiga?

Gambar hiasan – foto facebook neo melayu

Sejarah kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu bermula lebih kurang 500 Tahun lalu. Apabila Pelabuhan
erajaan Melayu Melaka maju dan berkembang.

Maka ia telah menarik pedagang-pedagang dari benua India dan Timur Tengah di sebelah Barat dan Tanah Besar Cina di sebelah Timur. Tidak mustahil ada pedagang-pedagang mahu pun perantau yang tiba di Melaka terus menetap di Tanah Melayu ini.

Ditambah lagi dengan kisah Puteri Hang Li Po yang diberitakan datang ke Melaka untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah. Bersama Puteri Hang Li Po ialah 500 orang pengiring, mereka semuanya menetap di Melaka dan ada yang berkahwin dengan rakyat tempatan.

Pada zaman tersebut, tidak kira dari mana juga asalnya mereka datang, apabila mereka terus menetap di Tanah Melayu, mereka akan mengamalkan budaya Melayu dan berbahasa Melayu.

Baik Cina, India dan Arab, malah orang Portugis dan Belanda juga. Inilah gelombang pertama kemasukan imigran Cina.

Gelombang kedua kemasukan imigran Cina berlaku sewaktu zaman British memerintah di hujung abad ke sembilan belas. Ramai pekerja-pekerja dari tanah besar China di bawa masuk untuk bekerja di lombong-lombong bijih milik British.

Tindakan British memisahkan golongan pekerja dangan penduduk tempatan menyebabkan mereka tidak perlu mengambil budaya tempatan. Mereka boleh mengekalkan budaya dan bahasa mereka sendiri kerana kebanyakannya berinteraksi sesama sendiri sahaja.

Wujudlah kampung-kampung dan pekan-pekan Cina, secara tidak langsung British telah mengubah demografi di Tanah Melayu.

Kini, hampir lebih kurang sedekad lalu. Kita dapat merasakan gelombang ketiga imigran Cina membanjiri negara. Semenjak negara China berjaya mengembangkan ekonominya sehingga menjadi satu kuasa baru dunia, kualiti hidup rakyatnya telah meningkat.

Oleh itu kali ini, mereka yang tiba bukan dari golongan buruh yang miskin. Tetapi golongan pertengahan, separa profesional dan peniaga-peniaga.

Ada beberapa sebab kenapa mereka keluar dari negara China, yang terutama ialah hendak mencari kehidupan yang lebih baik, sebab-sebab lain ialah untuk lari dari undang-undang negara China yang agak ketat, cuaca yang ekstrim, pencemaran udara yang teruk.

Maka antara pilihan popular bagi mereka untuk berhijrah ialah Malaysia, lebih-lebih lagi kerana Malaysia mempunyai populasi bangsa Cina yang tinggi dan mengamalkan budaya dan bahasa yang sama. Tidak seperti di Indonesia, Thailand ataupun Filipina.

Perlukah kita bimbang dengan limpahan imigran Cina dari gelombang ketiga ini? Apakah implikasinya? Kementeria Dalam Negeri pernah melapurkan, telah dikesan lebih 1.2 juta pelancong Cina yang masuk ke Malaysia dengan visa pelancong tidak keluar semula dan pulang ke negara China.

Kumpulan imigran dari gelombang ke-tiga ini, amat mudah untuk meresap ke dalam komuniti tempatan. Mereka boleh tinggal di bandar-bandar dan hidup dengan cara yang mewah.

Membuka perniagaan, malah ramai yang sudah berjaya membuat kekayaan. Mereka juga mudah untuk memiliki hartanah, kerana kemampuan yang tinggi. Mereka boleh bekerja dimana-mana sahaja syarikat milik kaum Cina tempatan.

Dengan mereka menguasai populasi bandar dan jika cita-cita untuk mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan berjaya dilaksanakan.

Tidak mustahil tiga puluh atau lima puluh tahun lagi, ada bandar di Malaysia ini yang penghuninya hanya menggunakan bahasa Mandarin, seperti mana daerah Quebec di Kanada. Dimana 80% penduduknya hanya tahu berbahasa Perancis.

Maka akan menjadi realitilah seperti mana firasat negarawan lagenda kita, demografi negara akan berubah dimana, pepecahan kaum akan menjadi amat ketara.

Apabila Bangsa Melayu menjadi penghuni di luar bandar, sementara bandar di penuhi populasi kaum Cina.

Azman Mohamad Hashim – Semangat Melayu

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp