Bangsa ku, sahabatku di seluruh negara khasnya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, masa sampai bagi kita semua berjabat tangan memperkasa semula perjuangan asas yang lama: demi bangsa agama dan pertiwi.
Negara, bangsa dan agama kita sedang tergugat dan digugat disisi politik gila kuasa, gila sandiwara, gila slogan yang tak bererti lagi kepada rakyat. Kita terpilih PM dan menteri sesat arah, sesat niat dan sesat perjuangan.
Rupa-rupanya selepas 7 bulan, terserlah pimpinan yang celaru sifat dan mengalami penyakit jiwa. Sifat celarunya ialah konon kita semua ini sama hak, sama rata, sama rasa tapi tak sama merana.
Dia tak punya dasar ekonomi, tak peka derita rakyat, tak tahu mentadbir dan tak sayang bangsa sendiri. Suka cari kecelaan pemimpin dahulu yg banyak berbudi dan menyelamatkannya.
Jika Tun M tiada melakukan ikhtiar dan gesaan, tiada pengampunan berlaku. Dia melupai ini semua. PM dahulu konon rasuah, rasuah dan rasuah berbillion RM. Dia guna mklumat salah. Bila dia turun takhta PM nanti, saham dan habuannya pula akan menyusul.
Barang makanan mahal dan tak mampu dibeli, duit kita menjadi kecil, satu dollar Amerika kini RM 4.76 manakala SGD1 = RM3.65 dn £1 dah hampir RM6. Pelaburan menjunam nilai dan saham meluncur turun.
Menteri ekonomi suka data dan formula tapi tak faham congak hidup nelayan atau penoreh getah dan pesawit Felda. Menteri pertanian hilang perkiraan industri agro sehingga isu telor pun jadi cemuhan tempatan dn dunia.
PM (AI) berjanji bohong, tak jadi turunkan harga minyak untuk rakyat sekalipun sebelum PR15 berkata “..hari ini jadi PM, esok harga minyak turun.”
TPM1 yg menghadapj 47 caj jenayah lantas melantik puluhan MP/AP jadi pengerusi GLC walaupun di tegaskan PM AI lantikan ahli politik utk GLC tidak boleh lantaran falsafah madani.
Tentang bagaimana nak turunkan harga minyak tanpa merosakkan harga bahanapi itu di pasaran minyak dunia, penulis pernah syorkan kepadanya tapi macam biasa, sebab idea itu orang lain punya maka beliau mendingini saja syor itu.
Kita akan kesukaran bila duit Petronas yang purata diterima khazanah sekitar 40-50 billion setahun tiba-tiba kering. Ada sang bijak berkata sesebuah negara tak mungkin muflis. Betul ke tu?
Tengok Sri Langka hari ini. Bila hasil negara merosot ke tahap 50% dari tahap optimum, masa itu tangis tak berairmata lagi.
Antara perlakuan berpolitik dan main politik kini sudah jelas. Kita sudah salah pilih juragan kapal lagi. “Tokoh macam sipulut tapi bila ditanak ia berderai”.
Perkokohkan perjuangan luhur di semua negeri yang bakal berpilihanraya tak lama lagi. Negara tak cukup dengan laungan madani saja. Orang yg melaungkannya pun tak faham apa erti sebenarnya.
Kita faham: pilih pimpinan yang tak berbohong yang tak celaru jiwa, dan yang tidak bersandiwara 24 jam.
Cerminan sahih orang Melayu dan Bumiputra tak ada dalam kerajaan kini. Sup daging dan tulang babi (bak ku teh) pun nak dijadikan warisan negara. Kwey tiow, taufu dan bee hoon sup sudah memadai. Kura-kura mula naik kerana batang dah condong.
UMNO dan parti Amanah mengemis dan jadi pak turut. Yang berkuasa dan cerdik ialah DAP kerana asakannya diterima pakai oleh ketua madani.
Sebahagian kepentingan kaum Cina dan India yang dahulu dalam BN sudah diketepikan. Mereka tak dapat satu kerusi DUN pun takat ini. Pemimpin tertinggi UMNO kini yang melambung memuji DAP terpaksa minta sedekah mendapatkan kerusi di Pulau Pinang, Selangor dan NS. Maruah Melayu lebur di bawah Umno kini.
Lapan bulan dulu menjerit: No DAP NO ANWAR … Kini “amacam” ? Bolehkah pimpinan ini dipercayaii lagi? Pengundi di 6 negeri tak lupa jeritan ini walaupun yg punya mulut dan badan sudah lama melupainya.
Kerajaan perpaduan? Tony Phua baru menelanjangi Umno dan rakan2 BN dgn lemparan tuduhan ‘parti rasuah’. Umno nak cakap apa?
Majoriti populasi Malaysia ialah bangsa Melayu dn Bumiputera.
Bersifat bijaklah kembali. Bersatu hati bersatu tekad atas nama pengundi majoriti di negara ini. Jangan biarkan Melayu dan Bumiputra merempat dan dipecah-pecahkan lagi.
Kita gunakan pendekatan terbaik serta hak dan kuasa yg ada di hati dan tangan rakyat. Ayuh satu hati satu tekad demi bangsa, agama dan pertiwi yang diperjuangkan bersama oleh PN.
Rais Yatim – Bekas Yang Dipertua Dewan Negara ke-18
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com