2 hari lepas, tersebar salinan jawapan bertulis dewan rakyat. Bermula saat itu pecah berita kata SPRM sahkan bahawa dakwaan bahawa Perikatan Nasional (PN) menerima dana dari syarikat judi semasa kempen PRU15 lalu sebagai tidak benar dan tidak berasas.
Memang sah, ia jawapan bertulis yang rasmi daripada Menteri.
Menurut keterangan jawapan itu SPRM telah menyiasat dan membersihkan PN. Itu fakta yang diberi oleh Menteri dalam jawapan bertulisnya di dewan rakyat.
Maka, legalah para pemimpin PN dan ahli-ahlinya serta penyokong dan rakyat.
Tetapi, keterangan SPRM yang di jawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) sebenarnya mengandungi mesej tersirat.
Dan mesej yang tersirat itu boleh membawa implikasi yang sangat besar kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Mesej dari jawapan Menteri itu sangat jelas iaitu dakwaan Perdana Menteri itu tidak berasas.
Ini juga bermakna ketika membuat dakwaan itu, Anwar Ibrahim hanya serkap jarang, tiada sandaran bukti yang jelas dan kukuh.
Dalam konteks integriti, natijahnya amatlah besar. Seorang Perdana Menteri membuat dakwaan yang tiada asas di hadapan rakyat Malaysia.
Dan, PN sememangnya layak untuk menuntut maaf dari PM malah mereka berhak untuk membuat saman ke atas Perdana Menteri.
Apakah kesan PM meminta maaf atas pembohongannya?
Kesannya amat besar.
Pertama, jika PM memohon maaf, bermakna beliau mengakui dakwaan beliau itu satu hal yang tak benar. Dengan kata lain, memang PM buat dakwaan secara ‘serkap jarang’.
Kedua, jika PM tidak mahu meminta maaf dan PN mengemukakan saman, maka inilah kali pertama dalam sejarah negara, Perdana Menteri di saman kerana membuat dakwaan yang tidak berasas, oleh pembangkang dan bekas Perdana Menteri.
Jangan lupa, kesan daripada ini, semua dakwaan PM kepada Tun M juga boleh dipersoalkan kerana sehingga hari ini, beliau telah gagal memberikan bukti atas semua tuduhannya, malah beliau tidak melaporkan dakwaannya itu kepada pihak berkuasa.
Perkara ini, cukup memalukan.
Azmi Tinta : Pencinta buku falsafah
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com