TERKINI

Di mana solidariti untuk orang Melayu?

Gambar hiasan, Azman Hashim (foto) – malayadaily.com

Semenjak serangan balas oleh tentera Zionis Yahudi Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, bangsa Melayu tidak kira samada secara individu mahupun melalui persatuan-persatuan, NGO malah parti politik, telah bersemangat keluar menyata dan menunjukkan solidariti bersama bangsa Palestin yang dikejami oleh Zionis Yahudi Israel, yang juga secara terang-terangan disokong oleh Amerika Syarikat.

Semangat yang ditunjukkan bagi membantu bangsa Palestin yang tanah airnya sedang dirampas oleh Zionis Israel amat mengkagumkan.

Bukan sahaja sekadar memberi bantuan kewangan melalui derma malah ada segelintir yang sanggup bergadai nyawa untuk pergi ke Palestin membantu mempertahankan bumi Palestin.

Sememangnya kita patut bersolidariti bersama Palestin atas kekejaman yang dilakukan oleh tentera-tentera Zionis Yahudi yang menyerang Gaza dengan roket-roket jarak jauh serta menggunakan bom-bom tanpa memperdulikan nyawa kanak-kanak, Wanita dan orang tua yang tidak telibat mengangkat senjata bersama kumpulan Hamas yang melancarkan serangan pada 7 Oktober lalu.

Hari ini dilaporkan, lebih 15,000 nyawa telah terkorban yang majoritinya adalah orang awam.

Jesteru di tanah air kita, seperti mana Zionis Yahudi Israel cuba merampas tanah bangsa Palestin dan menidakkan hak mereka.

Tanah Melayu juga sedang mengalami nasib yang sama, secara halusnya ianya dirampas dan hak orang Melayu juga cuba ditidakkan. Bukan dengan menggunakan roket dan bom seperti di Palestin, tetapi menggunakan ekonomi dan kejahilan orang Melayu.

Acap kali kita membangkitkan isu memertabatkan Bangsa Melayu, Tanah Rizab Melayu dan Agama Islam, acap kali jugalah orang Melayu sendiri yang dikatakan liberal dan terbuka (sebenarnya jahil) yang akan menyanggah dan melabel kita sebagai perkauman dan rasis.

Agak menjadi satu sesalan, apabila kita memperjuangkan hak istimewa yang sememangnya milik orang Melayu, tanah air milik nenek moyang, kita bercanggah. Di mana solidariti orang Melayu untuk bersama orang Melayu memperjuangkan hak orang Melayu?

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp