TERKINI

Fahmi Fadzil bawa kerajaan ke sistem autokratik

Khairuddin Abu Hassan (kanan) – malayadaily.com

Pandangan, cadangan dan tindakan yang diperkatakan oleh Fahmi Fadzil membuktikan beliau sedang membawa politik negara ke arah sistem autokratik.

Menteri Komunikasi ini tidak faham sistem berparlimen, fungsi serta peraturan-peraturan sedia-ada parlimen.

Cadangan untuk menegur salahlaku Ahli-Ahli Parlimen ketika berbahas dalam Dewan Rakyat oleh kabinet melalui pejabat Speaker Parlimen sebenarnya melanggar perlembagaan negara.

Sikap ini amat bercanggah dengan undang-undang sepertimana termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Parlimen mempunyai keistimewaan dan kebebasan tersendiri dan segalanya tertakluk pada peraturan sedia-ada parlimen tanpa membolehkan mana-mana pihak luar cuba ‘menodai’ peraturan-peraturan tersebut.

Apa saja bentuk salah laku yang dibuat oleh Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat harus dikawal-selia melalui undang-undang sedia-ada parlimen itu sendiri.

Tidak ada mana-mana parlimen dalam dunia ini yang dikawal-selia oleh kabinet sesebuah kerajaan.

Kabinet tidak berhak langsung untuk campurtangan serta mempengaruhi sistem fungsi parlimen.

Kenyataan Fahmi Fadzil ini cukup ‘dangkal’ dan tidak munasabah serta tidak boleh diterima sama sekali.

Jika begini kita boleh hapuskan sistem berparlimen dan segalanya boleh dibahaskan di peringkat mesyuarat kabinet saja.

Jemput saja Ahli-Ahli Parlimen untuk menghadiri serta berbahas dalam mesyuarat kabinet saja.

Sebenarnya juga, sesiapa pun termasuk mana-mana kerajaan tidak boleh cuba untuk mempengaruhi atau campurtangan dalam hal ehwal pentadbiran parlimen.

Di parlimen segalanya sudah lengkap dengan pelbagai peraturan dan undang-undang sedia-ada.

Sebenarnya, Fahmi Fadzil tidak faham lunas undang-undang serta sistem berparlimen sebab itu beliau boleh membuat kenyataan yang cukup ‘bodoh’ sedemikian rupa.

Negara kita semakin ‘berundur’ ke belakang dan inilah pembaharuan-pembaharuan yang cuba diperkenalkan oleh Kerajaan Madani yang senantiasa ‘takut pada bayang-bayang’ sendiri ke arah untuk menguatkan kedudukan mereka.

Jika hendak menggariskan strategi untuk menguatkan kedudukan sendiri mestilah dilakukan mengikut proses-proses yang dibenarkan oleh undang-undang.

Yang Benar,

Khairuddin Abu Hassan, Pengerusi Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp