TERKINI

Guan Eng Penipu – Khairuddin

Mahathir Mohamad (tengah), Lim Guan Eng (kanan) – foto Berita Harian

Pada pandangan saya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu melayan kenyataan-kenyataan palsu yang dibuat oleh Lim Guan Eng ataupun pemimpin-pemimpin PH yang lain kerana mereka ‘kaki penipu’ serta ‘gila kuasa’ semata-mata.

Kini, keseluruhan rakyat Malaysia mengetahui gelagat serta jati-diri mereka yang sebenarnya.

Dulu Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin PH lawan UMNO bermatian tetapi kini mereka boleh bekerjasama dengan UMNO dan tokoh-tokoh kleptokrats demi untuk berpaut pada kuasa.

Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin PH tiada jati diri mahupun prinsip perjuangan yang tulen untuk bangsa dan negara.

Apa yang mereka hajati hanyalah untuk berpegang pada tampuk kuasa. Demi untuk berkuasa kini mereka boleh ‘tidur sebantal’ dengan tokoh-tokoh pemimpin kleptokrats.

Apa yang lebih pelik sekarang mereka sanggup bertuankan pada tokoh pemimpin kleptokrats sebagai ketua nombor dua dalam kabinet kerajaan Madani.

Ini adalah sesuatu perbuatan yang tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras.

Kami juga mempunyai pengalaman bersama mereka selama dua puluh dua bulan pada suatu masa dahulu.

Sebenarnya pemimpin-pemimpin PH ini semuanya bersandiwara saja seolah-olah mereka pemimpin-pemimpin yang berprinsip tetapi hakikatnya mereka adalah kalangan ‘haprak’ politik.

Dulu ketika mereka di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad apa saja yang dilakukan oleh mantan Perdana Menteri itu semuanya baik belaka.

Sekiranya boleh pada waktu itu mereka hendak berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad setiap hari.

Sanjungan mereka pada Tun Dr Mahathir Mohamad amat luar biasa ketika itu.

Moralnya di sini, keseluruhan rakyat Malaysia jangan percaya dan terpedaya oleh pemimpin-pemimpin PH kerana mereka ‘bercakap tak serupa bikin.’

Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin PH adalah kalangan hipokrit serta munafik politik yang harus ditolak oleh semua rakyat Malaysia tanpa kira kaum ataupun agama.

Rakyat Malaysia kena berani menghukum pemimpin-pemimpin PH khususnya dalam semua proses pilihanraya kerana kini telah mengkhianati hasrat rakyat Malaysia yang menolak UMNO serta BN secara teruk pada PRU15.

Malangnya kini, PH dan kerajaan Madani telah memberi ‘tali hayat’ baru pada UMNO serta BN untuk bertapak semula dalam lanskap politik tanahair.

-Tamat
Khairuddin Abu Hassan

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp