TERKINI

Isu Video Tahun Melawat Malaysia : Apa Peranan FINAS memantau isi kandungan kerajaan?

Armin Baniaz Pahamin (kiri) – malayadaily.com

Penjelasan mudah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berhubung kontroversi video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 mempamerkan sikap tidak peka dan rasis seorang Menteri.

Walaupun dinyatakan bahawa video tersebut hanyalah montaj ringkas dan lebih banyak kandungan akan diperkenalkan kemudian, alasan ini tidak boleh diterima dan menunjukkan menunjukkan sikap kurang sensitif terhadap agama dan identiti kebangsaan, malah memperlihatkan kegagalan memahami tanggungjawab moral sebagai seorang pemimpin.

Dimanakah peranan badan pemantau kebangsaan seperti FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) atau lembaga khusus lain yang sepatutnya bertanggungjawab menyelia penerbitan dan keluaran bahan promosi oleh kementerian dan agensi kerajaan? RTM, sebagai saluran rasmi kerajaan, juga memiliki panel penapisan.

Persoalannya, adakah badan-badan ini tidak berfungsi atau gagal memberikan panduan serta nasihat dalam menapis dan memantau kandungan yang diterbitkan oleh kerajaan?

FINAS, yang terkenal dengan peraturan ketat terhadap penerbitan drama dan filem, seharusnya memainkan peranan sama penting dalam menyelia bahan promosi rasmi kerajaan.

Islam adalah agama rasmi Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, elemen yang mencerminkan warisan Islam, termasuk seni bina masjid yang menjadi lambang keindahan budaya dan keimanan umat Islam di negara ini, tidak sepatutnya diabaikan dalam mana-mana usaha promosi pelancongan.

Kegagalan untuk mengetengahkan elemen ini bukan sahaja menunjukkan kekurangan penghargaan terhadap identiti Islam Malaysia tetapi juga berisiko memberikan gambaran yang tidak seimbang kepada pelancong asing.

Isu ini bukan tentang “mempolitikkan” perkara kecil seperti yang didakwa oleh Menteri, tetapi lebih kepada tanggungjawab moral dan profesional seorang pemimpin untuk memahami, menghormati, dan mempromosikan warisan negara secara inklusif dan adil.

Mengabaikan aspek Islam dalam promosi pelancongan negara menunjukkan kekurangan wawasan strategik dan rasa hormat terhadap sensitiviti rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam.

Kami mendesak pihak Kerajaan untuk menukar Menteri Pelancongan dan Budaya kepada seorang pemimpim Melayu Islam yang pebih peka kepada sensitiviti rakyat. Ini bukan kali pertama Datuk Seri Tiong King Sing mengenepikan budaya dan adat melayu dan serta agama islam dalam pentadbiran beliau.

Dato Seri Tiong King Sing juga diluhat dilihat lebih tertumpu kepada tarikan budaya Cina seperti perayaan Tahun Baru Cina, seni bina tokong, dan makanan tradisional Cina, sementara warisan Melayu-Islam sering kali dipandang sepi atau sekadar diberi perhatian minimum.

Sebagai Menteri, Datuk Seri Tiong dilihat kurang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu, terutama dalam bahan promosi pelancongan. Sebaliknya, terdapat laporan bahawa bahan-bahan promosi lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris atau Mandarin, yang tidak mencerminkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Dalam beberapa ucapan dan inisiatif kementerian, pendekatan Datuk Seri Tiong dilihat tidak mengimbangi kepelbagaian budaya Malaysia secara inklusif. Penekanan terhadap satu warisan budaya tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti Islam dan Melayu adalah amat mengecewakan, terutama dalam konteks mempromosikan identiti Malaysia secara keseluruhan.

Datuk Seri Tiong sebelum ini mengkritik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas penguatkuasaan penggunaan Bahasa Melayu pada papan tanda perniagaan. Kritikan ini telah mencetuskan kemarahan rakyat kerana seolah-olah beliau lebih mengutamakan warisan budaya Cina berbanding kepentingan nasional.

Seorang Menteri harus bertanggungjawab memastikan semua inisiatif kementerian menghormati dan memartabatkan sentimen Melayu-Islam, selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan sensitiviti rakyat Malaysia.

Kami mendesak kerajaan untuk mempertimbangkan sama ada individu seperti Dato Seri Tiong King Sing yang tidak memahami sensitiviti agama dan budaya majoriti wajar memegang portfolio penting sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pelancongan yang melibatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Sebagai langkah pembetulan untuk mengelakkan insiden seumpama ini berulang, kami juga mendesak kerajaan supaya setiap video atau bahan promosi yang dikeluarkan oleh mana-mana kementerian perlu mendapat kelulusan daripada badan pemantau kebangsaan seperti FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) atau lembaga khusus lain. Badan ini mesti memastikan bahan-bahan tersebut memenuhi kriteria identiti kebangsaan.

Oleh: Armin Baniaz Pahamin Setiausaha Agung Sekretariat Tanahair

Facebook
Twitter
WhatsApp