TERKINI

Melayu harus bersatu agar ‘nasi tidak menjadi bubur’

Khairuddin Abu Hassan (tengah) – malayadaily.com

Satu demi satu agenda kerajaan Madani untuk menghakis kedudukan orang-orang Melayu dalam pelbagai bidang di negara kita masa kini.

UMNO adalah ‘barua’ utama untuk menjayakan agenda ini.

Presiden UMNO paling ‘haprak’ dalam sejarah kepimpinan UMNO mengizinkan agenda untuk mengkhianati bangsa Melayu direalisasikan oleh kaum-kaum lain.

Prinsip dan pendirian UMNO untuk bersama PH akan menguatkan kedudukan DAP melaksanakan agenda mereka secara sistematik, berterusan serta halus yang akhirnya mungkin dapat menguasai politik di negara kita.

Hari ini kerajaan Madani cuba hancurkan tokoh-tokoh politik Melayu di bidang politik.

Satu demi satu musuh-musuh politik mereka dikenakan tindakan undang-undang.

Tokoh-tokoh konglomerat Melayu di bidang ekonomi juga diambil pelbagai tindakan undang-undang yang boleh meruntuhkan penguasaan ekonomi mahupun kekayaan Melayu di tanahair kita.

Bidang keagamaan sedikit demi sedikit cuba dicampuri oleh kaum-kaum lain khususnya pemimpin-pemimpin DAP.

Negara kita sebagai negara Islam kini dengan secara rasminya hidangan ‘Bak Kut Teh’ Madani dijadikan makanan warisan Malaysia.

Inilah reformasi kerajaan Madani dan orang-orang Melayu harus berfikir secara rasional mengenai kedudukan masa depan bangsa Melayu sekiranya kerajaan ini terus berkuasa.

Melayu harus bersatu-padu demi untuk menjaminkan agar ‘nasi tidak menjadi bubur’ kerana sekali Melayu hilang kuasa kita akan hilangnya hingga ke akhir zaman.

Jangan biarkan Melayu serta anak cucu kita merempat di tanahair sendiri.

  • Khairuddin Abu Hassan, Pengerusi Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp