TERKINI

Memahami maksud kuasa politik Melayu

Perhimpunan cabar mahkmah syariah di Putrajaya, foto peserta

Dalam kita sibuk bersoladiriti bersama Palestin, jangan kita leka dengan isu seorang Peguam dan anaknya yang telah memfailkan petisyen mencabar 20 peruntukan kesalahan di bawah enakmen undang-undang Syariah negeri Kelantan supaya terbatal dan tidak sah.

Kesalahan-kesalahan yang terbabit di bawah Enakmen ini antaranya ialah liwat, memusnahkan tempat ibadat, menjual atau memberi anak kepada bukan Islam, apa-apa yang memabukkan, perjudian, sumbang mahram dan lain-lain.

Sebagai insan biasa yang bukan pengamal undang-undang, saya tidak berniat untuk membicarakan isu ini dangan lebih mendalam.

Tetapi apa yang kita faham, sekiranya petisyen ini berjaya, dua kesan serta-merta boleh berlaku.

Kesan pertama, semua yang didapati bersalah di bawah enakmen tersebut akan terlepas (bebas), sebagai contoh; sesiapa yang telah didapati bersalah melakukan liwat ataupun sumbang mahram akan terlepas.

Kesan ke dua, negeri Kelantan tidak boleh membuat undang-undang sekiranya keperluan timbul untuk melindungi orang Islam. Dikhuatiri keputusan ini juga akan memberi kesan domino kepada negeri-negeri yang lain.

Yang menjadi kehairanan, peguam yang memfailkan petisyen ini jika dilihat dari namanya merupakan seorang Melayu Islam.

Beliau ada membuat kenyataan bahawa itu adalah hak beliau sebagai individu untuk memfailkan petisyen tersebut, maka kita terima kenyataan itu. Namun sebagai seorang Islam, bukankah kita juga ada tanggungjawab tertentu.

Beberapa seruan dibuat supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi melindungi Undang-undang Syariah, tetapi ianya memerlukan persetujuan dua per tiga ahli Parlimen. Jika di nilai suasana politik negara hari ini, ianya adalah sesuatu yang bukan mustahil tetapi sukar.

Di sinilah perlunya kuasa politik Melayu memainkan peranan.

Sewaktu politik negara dikuasai oleh majoriti Melayu, hak Bangsa Melayu dan kesucian Agama Islam terjamin sementara hak-hak bukan Melayu sentiasa dipelihara dan negara amat harmoni.

Senario ini adalah petunjuk jelas bahawasanya, jati diri Melayu yang terasnya ialah Islam di dalam negara, semangkin terhakis.

Orang Melayu perlu bersatu mengembalikan kuasa politik Melayu bagi menjamin keharmonian negara dan memelihara kedudukan bangsa Melayu dan kesucian Agama Islam.

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp