TERKINI

Mengapa Fobia Bila Orang Melayu Bermuafakat?

Azman Mohd Hashim – malayadaily.com

Merujuk kepada rencana yang disiarkan oleh portal malaysiakini.com bertarikh 16 Ogos 2023 dengan tajuk “Madanifobia Dalam Kalangan Melayu”.

Penulis yang merupakan seorang Felo Pengkaji di Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM. Meluahkan kemarahan beliau kepada orang Melayu yang tidak memilih kerajaan Madani di Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRN baru-baru ini dengan mengatakan orang Melayu yang tidak memilih kerajaan Madani itu sebagai Melayu yang Madanifobia.

Beliau seterusnya mengatakan orang Melayu takut dengan Islam yang rahmah, berperadaban, berpemikiran, berkeadilan sosial dan sanggup hidup bersama masyarakat bukan Melayu dan Islam.

Agama Islam yang di amalkan oleh penganutnya terutama orang Melayu adalah agama yang rahmah, berperadaban, berpemikiran, berkeadilan sosial dan bertoleransi yang ditulis itu, hakikatnya di Malaysia memang telah hidup aman damai sejak berzaman, bukan sesuatu yang baru tujuh bulan di turunkan dari langit dan diberi nama Madani.

Beliau mengatakan lagi orang Melayu Kelantan dan Terengganu tidak sangggup berubah, dengan memberi penjelasan menggunakan catatan yang di buat oleh Abdullah Munshi pada sekitar tahun 1858/1859 lebih 165 tahun lalu.

Untuk membandingkan keadaan dan sikap orang Melayu didalam persekitaran suasana 165 tahun lalu dengan orang Melayu millenia, adalah satu penghinaan kepada kebijaksanaan beliau sebagai seorang Felo Pengkaji di UKM.

Ada lagi beberapa perkara yang dinyatakan oleh beliau, antaranya menggambarkan pemimpin di Kelantan, Terengganu dan Kedah sebagai penindas, dan orang Melayu tidak berani melawan penindas ini. Jika negeri buruk dan kotor, mereka akan setia dengan keburuan dan kekotoran itu. Beliau menyatakan juga orang Melayu takutkan Cina dan Kristian.

Pada hakikatnya, penolakan orang Melayu kepada kerajaan Madani menunjukkan orang Melayu telah matang dan bijak. Orang Melayu tidak mahu sejarah berulang lagi, dimana secara halusnya kemungkinan boleh hilang kuasa.

Orang Melayu menolak pemimpin yang bergelumang dengan rasuah dan orang Melayu mahu menolak pemimpin yang terlalu kerap berbohong.

Dan yang paling penting sekali ialah orang Melayu hedak mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang telah mempastikan kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak bangsa lain di negara ini.

Jadi janganlah fobia bila melihat Orang Melayu bermuafakat.

Azman Mohad Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp