Kebelakangan ini beberapa isu hangat ditimbulkan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, sehingga dibincangkan di Parlimen.
Prof Teo, menyatakan sekolah vernakular adalah salah satu punca penghalang kepada keharmonian dalam negara dan gagalnya integrasi kaum.
Kerana kegagalan lepasan sekolah vernakular ini untuk menguasai bahasa kebangsaan dengan baik, telah menghindar mereka dari bergaul dengan kaum Melayu dan India juga.
Ini adalah benar melalui pengalaman peribadi saya, kerana rakan-rakan sekolah yang kini berumur hampir mencecah 60 tahun masih tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik, menjadikan mereka lebih selesa untuk hanya bersama kaum Cina sahaja.
Prof Teo juga pernah menyatakan bahawa orang Cina tidak membeli produk buatan orang Melayu, dan ini juga adalah hakikat.
Bukan itu sahaja, memandangkan mereka menguasai sebahagian besar rangkaian pasar raya. Amat sukar untuk produk-produk Melayu untuk masuk dan diletakkan di rak-rak dalam pasar raya mereka.
Satu lagi isu hangat ialah apabila Prof Teo mendedahkan, di dalam perbincangan dikalangan kaum Cina. Mereka memandang rendah dan hina kepada orang Melayu, ini juga ada kebenarannya.
Bangsa Cina amat bangga dengan sejarah kebudayaan mereka yang telah 5000 tahun lamanya.
Mereka sentiasa merasa bangsa mereka di atas, Melayu dan India di bawah. Kerana sejarah bangsa mereka, kekayaan ekonomi mereka dan tidak dinafikan juga kulit mereka yang lebih cerah.
Orang Melayu perlu berusaha lebih untuk mengatasi mereka dari semua segi, tidak kira dalam pendidikan, ekonomi dan sosial.
Pemimpin-pemimpin Melayu perlu betul-betul ikuti ajaran Al-Quran, sentiasa berlaku adil dan menjauhi kemungkaran. Umpamanya, amalan rasuah.
Generasi kaum Cina hari ini adalah generasi yang ke dua dan ke tiga yang lahir dan membesar di tanah air ini. Mereka memilik harta yang banyak di negara ini.
Ya, mereka setia kepada Malaysia kerana datuk dan ayah mereka mati di sini dan sepanjang hidup mereka dilalui di tanah air ini, tiada tempat lain lagi untuk mereka pergi.
Tetapi mereka tidak setia kepada dan tidak boleh menerima pemerintahan orang Melayu, kerana pada pandangan mereka orang Melayu kedudukannya dibawah mereka.
Azman Mohd Hashim, Sekretariat Tanah Air
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com