TERKINI

Orang Melayu tahu menilai Anwar

Khairuddin Abu Hassan (gambar kecil) – malayadaily.com

Anwar Ibrahim pakar retorik saja dan dia tidak mempunyai ilmu yang mampan untuk membangunkan negara ke tahap yang membanggakan.

Rakyat sudah jelek dengan dasar-dasar retorik dia dan dan setahun lebih mentadbir negara sedang menuju ke arah kejatuhan nilai ringgit serta ekonomi negara semakin parah.

Penghidupan rakyat jelata semakin sengsara kini dibebani dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Hala tuju kepimpinan negara semakin celaru dan ekonomi semakin merosot.

Pada hari ini Allah swt mengizinkan buat sementara waktu untuk puak-puak fasiq dan munafiq mentadbir negara agar keseluruhan rakyat dapat menilai sendiri hipokrasi mereka.

Dulu cakap lain tapi kini buat lain.

Hari-hari setiap kali Anwar Ibrahim bercakap penuh dengan penipuan untuk menutup kekemahan dia semata-mata.

Dia cakap nak lawan rasuah tapi pemimpin kleptokrat dia lantik jadi Timbalan Perdana Menteri demi untuk dia nak berpaut pada kuasa Perdana Menteri.

Segala tindakan perangi rasuah dilaksanakan secara terpilih.

Kawan-kawan dia yang perasuah dielakkan daripada diambil tindakan undang-undang.

Pihak penguatkuasaan undang-undang dijadikan ejennya untuk mengambil tindakan terhadap musuh-musuh politik.

Perancangan Anwar Ibrahim hanya berani menggunakan pihak penguatkuasaan undang-undang untuk bertindak ke atas musuh-musuh politik bagi mempamerkan persepsi seolah-olah pakar lawan rasuah.

Persoalannya, beranikah Anwar Ibrahim menghadapi musuh-musuh politik dia dalam kamar mahkamah?

Suruh Anwar Ibrahim percepatkan kes-kes pendakwaan terhadap musuh-musuh politik dia secara kadar segera di kamar mahkamah.

Ini merupakan platform terbaik untuk rakyat lihat kelak secara jelas dan terbuka akan siapakah itu Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

Mungkin dia lupa bahawa orang lain pun ada banyak bukti-bukti terhadapnya.

Bagaimana parti PKR boleh bertahan lama?

Dari mana sumber pendapatan parti PKR untuk membiayai kos-kos perjuangan mereka dari tahun 1998 sehingga kini?

Mereka dapat sumber dana dari mana? Cuba suruh mereka auditkan kedudukan dana parti PKR yang hidup dah hampir 26 tahun itu?

Kepakaran Anwar Ibrahim adalah ‘baling batu sorok tangan’ serta meletakkan kesalahan pada orang lain.

Rakyat Malaysia amat bijak menilai khususnya orang-orang Melayu.

Sebab itu kini hampir 90% orang-orang Melayu sudah menolak Anwar Ibrahim.

Apa yang diperkatakan atau dilakukan oleh Anwar Ibrahim penuh dengan pendustaan.

Kawasan parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim serta keluarganya tetapi akhirnya Allah swt telah membuka hidayah pengundi-pengundi di sana untuk menolak Anwar Ibrahim secara mutlak di kawasan parlimen tersebut.

Buang masa bercakap panjang-panjang mengenai Anwar Ibrahim.

Apa yang perlu dilakukan oleh keseluruhan ummah di tanahair kita hanya panjangkan doa ke hadrat Allah swt untuk tunjukkan kebenaran bagi menjatuhkan semua pemimpin-pemimpin fasiq dan munafiq yang sedang merosakkan bangsa, negara serta agama kita.

Kepimpinan pada hari ini jangan terlalu angkuh kerana akhirnya mereka tidak mampu untuk melawan kuasa Allah swt.

Allah swt tidak pernah memungkiri janji dan hanya masa ketika saja bakal tentukan kejatuhan golongan fasiq serta munafiq dari memimpin sekalian ummah.

Perjuangan melawan puak fasiq serta munafiq ini akan diteruskan sehingga mereka tumbang.

LAWAN TETAP LAWAN!!

Khairuddin Abu Hassan

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp