TERKINI

Pendaftarwan kewarganegaraan : Catatan seorang Netizen

Program Permohonan Kewarganegaraan anjuran DAP – foto Nurul Islam Mohamed Yusoff

Isu berkaitan program taklimat kewarganegaraan oleh parti DAP menjadi tular baru-baru ini, aktiviti tersebut mengundang banyak persoalan dikalangan rakyat tentang kewajaran aktiviti tersebut.

Seorang netizen menerusi facebook, mencatat beberapa perkara yang telah dan sedang berlaku. Paparan tersebut turuk disiarkan oleh portal atas talian worldofbuzz.com

Berikut adalah catatan asal netizen bernama Nurul Mohamed Yusoff.

Cara Mudah Mohon Kewarganegaraan Malaysia

Aku tertengok kat dalam Facebook poster Program Permohonan Kewarganegaraan anjuran DAP ni. Bila aku semak facebook Adun DAP Stulang ni memang takde hantaran pasal program ni.

Jadi aku pergi ke facebook Yeap Choon Keong. Rupanya dia ni Pengarah Program Kewarganegaraan DAP Pulau Pinang. Wah hebat DAP dah macam JPN swasta.

Rupanya program ni dah dibuat diseluruh Pulau Pinang dan sekarang dipanjangkan ke seluruh Malaysia. Kawasan Lim Guan Eng pun ramai dah dapat kewarganegaraan.

Apa yang mengejutkan aku bila tengok facebook Yeap Choon Keong adalah kehebatan dia mendapatkan kewarganegaraan. Korang tengok jumlahnya mengikut hantaran facebook dia:

Bulan Mei: 6 kes
Bulan Apr: 5 kes
Bulan Mac: 3 kes

Setahu aku proses mohon kewarganegaraan ni satu proses yang payah dan panjang.

Macamana Pengarah Kewarganegaraan DAP Pulau Pinang ni boleh buat dengan cepat dan tangkas.

Ada jual kilo ke kewarganegaraan Malaysia?

Tapi yang pelik, dia “tolong” tu semua orang cina.

Sangka baik, mungkin yang takdak warganegara semuanya orang cina.

Mungkin korang pun terfikir macam aku,

Sejak bila Parti DAP ambil alih kerja Jabatan Pendaftaran Negara? Ada kebenaran khas bawah Kerajaan Madani ke?

Yang tu aku takde jawapan. Korang kena tanya Menteri Dalam Negeri, lagipun posting dia banyak petik nama dan ucap tahniah atas kerjasamaa Menteri Dalam Negeri.

Menteri kena jawablah, sebab ini isu kedaulatan negara. Takkan kerakyatan Malaysia dengan mudah je boleh “diejas” oleh parti politik.

Nurul Islam Mohamed Yusoff

catatan tersebut boleh dibaca di sini dan di sini.

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp