Orang panggil saya Abang Hail.
Hail bukan nama saya, Hail bermaksud; e-hailing – Hail. Maknanya, saya ni pemandu e-hailing. Tuan editor minta saya guna nama pena, biar nampak menarik katanya. Dia ajak saya tulis, ceritakan pengalaman saya sebagai pemandu e-hailing kepada pembaca malayadaily. Saya tulis cara saya je, kalau tak cantik, maafkan abang Hail ya.
Selamat petang geng,
Semalam abang Hail kayuh sampai lewat malam. Order banyak, so abang kayuh jela, bukan selalu dapat order banyak macam malam tadi.
Ni abang Hail nak sembang. Menarik.
Last passenger abag Hail bawak malam tadi kat Cyberjaya. Mamat ni berbangsa India, dari negara India, kalau tak silap asal dia Mumbai.
Abang tahu sebab dia bagitau. Biasalah, bila orang naik kereta abang ni, bila tengok muka abang, suka je dia nak ajak berbual. Muka manis kot abang ni. Entahlah.
Dia cakap, Malaysia ni panas lain macam. Mengeluh la tu.
Yelah, bagi abang… dah memang tengah musim panas pun. Abang iyekan aje, malas nak pujuk dia.
Tapi dia kata, ada satu benda yang menarik perhatian dia tentang Malaysia ni, kata dia…Malaysia ni peluang nak hidup, cukup luas dan banyak.
Eh.. apa mamat ni cakap? Abang tertarik dengar.
Oh lupa, nama dia Anan.
So, Anan ni cakap, dekat Malaysia ni, peluang untuk buat bisnes tu lebih luas daripada di India. Ikut kata dia, persaingan nak buat bisnes kat Malaysia ni, luas, tapi di India, teruk.
Abang tanya dia balik, “What do u mean by terrible?”
Dia cakap, kalau di India nak buat satu-satu bisnes, hampir mustahil benda yang kita nak buat tu, orang lain tak buat lagi. Kata dia, populasi India ni 30 kali ganda dari Malaysia.
Jadi, kalau kata nak buat bisnes foodpanda, contoh. Dah berpuluh-puluh bisnes macam tu dah ada kat pasaran. So, bukan senang nak compete, kata dia.
Betul kata Anan, kita pun sedar populasi kat India ni, memang megalah. Billion kot, kita ni tak sampai 10 peratus daripada India pun.
Kemudian Anan cakap “You people should be grateful since your country has enough space to develop your own businesses”
Memang abang setuju, cuma abang kata kat Anan, “But to me, business success is based on your hard work rather than just space.”
Anan jawab “Yes, it is true, but having more room and opportunities will make it easier for your business to grow.”
Wah…mamat ni, ada aje dia punya jawapan, tak ada ‘space’ untuk abang berhujah lagi.
Tukar topik, abang Hail tanya dia, apa local food yang dia kenal.
Jawapan dia meyakin. Dia betul-betul ambil tahu.
Dia suka Nasi Lemak, dia suka Nasi Ambeng dan suka cendol.
Anan kata, Nasi Lemak Malaysia lebih sedap dari makan Nasi Lemak kat Singapura.
Amboi, pandai mamat ni ambil hati orang Malaysia.
Ada banyak lagi hal yang sempat abang Hail sembang dengan Anan. Cuma panjanglah sangat, tak sempat nak story sini.
Oh lupa, Anan ni jurutera IT, kerja kat Cyberjaya dah 5 tahun. Dia kata sebab dia datang kerja sini kerana gajinya setanding dengan pendapatan kerja kat India. Dia pilih Malaysia sebab memang nak merantau, nak tengok negara orang, satu lagi, kat Malaysia ni dia tahu, memang ramai orang India berbanding Indonesia dan Singapura.
Dari perbualan dan penampilan dia, mamat ni educated dan kelihatan sederhana saja. Very low profile.
Moleklah, dok negara orang, tau nak bawa diri.
K, jumpa lagi geng.
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com