TERKINI

Pojok Abang Hail : Pelancung Medan

Orang panggil saya Abang Hail.

Hail bukan nama saya, Hail bermaksud; e-hailing – Hail. Maknanya, saya ni pemandu e-hailing. Tuan editor minta saya guna nama pena, biar nampak menarik katanya. Dia ajak saya tulis, ceritakan pengalaman saya sebagai pemandu e-hailing kepada pembaca malayadaily. Saya tulis cara saya je, kalau tak cantik, maafkan abang Hail ya.

Gambar hiasan – arkib

Hello guys, wasap.

Kejap aje dah hujung bulan kan. Rasa masa berlalu begitu pantas. Tapi jalan raya, tetap jem macam biasa.

Abang Hail perasan 1-2 bulan ni, banyak betul orang berjualan buah durian kat tepi-tepi jalan. Abang tengok aje, tak berapa makan durian, selain sebab manis, harganya memang dah mahal.

Dari Sepang, bawa ke Hulu Langat bawa ke KL, banyak betul durian. Mana datang entah.

Cakap pasal durian ni, teringat awal bulan hari tu. Ada satu keluarga naik kereta Abang. Mereka pelancong dari Medan. Orang Indonesia berketurunan Cina.

Mana Abang tau dia orang Cina? Alah.. kita tengok muka dan pakaian dah tau.

Abang mereka dari Batu Caves ke Bukit Bintang, nak makan durian katanya.

Waktu dalam kereta tu, mereka bertanya macam-macam tentang Malaysia, tentang KLCC dan macam-macam.

Dari perbualan tu, Abang dapat tahu keluarga ni memang jadikan KL destinasi percutian mereka setiap tahun. Katanya, ini kali ke 3 mereka datang.

Abang tanya “tak bosan ke asyik berwisata di Malaysia?”

Si isteri pantas menjawab dengan bahasa Indonesia yang cukup fasih, tak ada langsung bunyi pelat Cina. “Nggak dong, saya suka KL, KLCC mesti saya pergi, nggak jemu” Katanya.

Si suami ketawa. Nampak jelas Si suami ini betul-betul mahu melayani kehendak isteri dan anak-anaknya yang masih kecil.

Abang Hail tanya lagi, kenapa dia suka sangat KLCC, apa yang ada, barang-barang mahal di situ.

“Saya suka KLCC, ikonik, tak ada di dunia semacam ini” Jawab Si suami sambil diiyakan oleh Si isteri.

Anak-anaknya pun menjerit ‘I want KLCC..I want KLCC”, jerit mereka. Hiruk pikuk dalam kereta dengan gelagat keluarga ini.

KLCC yang mereka maksudkan ialah Menara Berkembar Petronas. Bagi mereka itulah KLCC.

Walaupun dah hampir 20 tahun menara berkembar ni wujud, tapi sampai sekarang still jadi tarikan pelancung. Mungkin juga betul apa yang keluarga ni katakan, menara ni ‘ikonik’, tak ada ditempat lain.

Dalam bicara tempat-tempat wisata di Malaysia, Si suami berkata kepada saya, “Bagus Malaysia ini, kerna mereka ada Musang King, Malaysia majukan jenama ini, Indonesia nggak jenamakan durian sekalipun banyak”.

Saya berpaling kepada suaminya.

“Di Indonesia tak ada musang king ke Pak?” tanya saya.

“Ada, tapi tak siapa tahu, tiada yang promote, Indonesia rugi” Katanya.

Abang baru terfikir, soalan ini datang dari seorang pengusaha (peniaga) seperti mereka. Mereka tentu faham tentang bisnes.

“Bapak ada kebun durian?” Saya tanya dia.

“Tiada, tapi kami suka durian, paling enak durian Musang King di Malaysia”. Katanya.

“Eh nggak, sama aja” bantah Si isteri.

“Nah kalau sama, kenapa kau datang KL nak cari Musang King?” Soal suaminya kepada Si isteri.

Berderai ketawa kami.

Dari perbualan antara mereka, Abang pasang telinga aje. Memang keluarga ni menjadikan Malaysia destinasi tetap untuk mereka bercuti. Banyak juga tempat-tempat pelancungan mereka dah sampai, Genting, Cameron, Melaka, Ipoh.

Macamana kau orang rasa Abang boleh faham perbualan mereka? Sebab mereka bercakap dalam bahasa Indonesia.

Abang saja kacau “kalian bisa cakap mandarin?”

“Ya bisa, tapi kami sudah biasa dan senang dalam bahasa Indonesia” Jawab Si isteri.

Abang cukup kagum dengan semangat mereka. Tak ada apa pun, saja share pengalaman bawa orang Indonesia yang agak kaya.

Ok geng, Abang nak kayuh dulu.

Salam.

Facebook
Twitter
WhatsApp