TERKINI

Proklamasi Bercakap Untuk Kesedaran dan Penyatuan, Bukan Kemarahan

Foto Sekretariat Proklamasi Orang Melayu

Mendengar siaran temubual antara Radio BFM 89.9 pagi 26 Julai 2023 bersama Liew Chin Tong, Timbalan Setiausaha Agung DAP. Beliau telah menyatakan dua perkara yang menarik perhatian.

Pertama, DJ menyatakan kepada beliau. Ramai rakyat dibawah yang menganggap bahawa kerajaan sekarang adalah sebuah kerajaan yang tidak efektif, kerana tiada banyak perubahan yang berlaku dibanding dengan kerajaan sebelum ini. Liew Chin Tong memberi respon dengan mengatakan bahawa tujuh lapan bulan ini digunakan untuk menentukan hala tuju negara.

Ini bermakna semua kata-kata sewaktu berkempen sebelum menguasai kerajaan dulu adalah dusta semata. Sementara sepanjang waktu memegang kuasa kerajaan mereka masih tidak tahu ke mana hendak dibawa hala tuju negara, rasanya sehingga hari ini masih lagi mencari formula.

Kedua, DJ bertanya tentang peluang Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan masa terdekat ini. Beliau menjawab akan memberi sedikit kesukaran jika “pihak lawan berjaya membangkitkan kemarahan pengundi Melayu dan pada masa sama berjaya menekan pengundi Bukan Melayu dari keluar” (our opponent succeeded in driving anger among Malay voters and at same time succeeded suppressing non Malay turnout).

Jika beliau merujuk kepada gerakan Proklamasi Orang Melayu atau mana-mana pergerakan untuk menyatukan orang Melayu. Tidak pernah ada program-program yang dianjurkan digunakan untuk menyemarakkan kemarahan orang Melayu dan kepada siapa yang hendak di semarakkan kemarahan ini?

Setiap program perjumpaan yang diadakan adalah untuk membincangkan dan bercakap tentang masa depan Bangsa Melayu dan Agama Islam, setiap program digunakan untuk mengingatkan orang Melayu tentang sejarah kegemilangan Bangsa Melayu.

Hakikat sebenarnya, Negara ini mempunyai penduduk pelbagai kaum. Maka perpaduan dan hormat-menghormati antara kaum dan satu sama lain adalah penting demi kemajuan dan kemakmuran Negara.

Hari ini kita telah melihat dimana pemimpin-pemimpin besar Belayu, Tun Dr Mahathir Muhammad, Tan Sri Tuan Guru Hadi Awang dan Tan Sri Mahyuddin Yassin telah duduk di atas satu pentas yang sama disertai juga beberapa lagi pemimpin Melayu yang lain. Meraka telah berjaya mengenepikan perbezaan idealogi politik demi Penyatuan Melayu.

Pesanan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin ini semua ialah untuk mempertahankan Tanah Melayu sebagai sebuah Negara yang beridentiti Melayu dengan agama Islamnya.

Janganlah kerana tidak mahu melihat penyatuan Melayu ini menjadi semangkin kukuh, maka mereka membawa naratif bahawa kita sedang mengipas api kemarahan orang Melayu.

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp