TERKINI

Rakyat Sedang Memerhati

foto majoriti

Masalah dan isu yang dihadapi oleh Para Pengamal Perubatan (kontrak), Doktor-doktor kontrak ni dah lama dan berterusan.

Hari ini bermula mogok selama 3 hari dan bahagian bakal paling terjejas adalah jabatan kecemasan, bilik bersalin, jabatan pesakit luar dan klinik kesihatan yang mempunyai bilangan pegawai perubatan kontrak yang ramai.

Mogok Doktor Malaysia yang akan diadakan dari 3 April hingga 5 April bakal menyaksikan doktor mengambil cuti kecemasan dan sakit untuk tempoh tiga hari sebagai tanda protes.

Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 30 Jun 2011, KKM  mengeluarkan amaran di laman Facebooknya, menyatakan penjawat awam dilarang menyertai sebarang perhimpunan haram. Cuti pelepasan telah dibekukan dengan amaran dikeluarkan supaya pegawai perubatan tidak menyertai mogok di beberapa hospital.

Tidak seperti tahun 2021, mogok  kali ini dibuat bukan dengan demontrasi berkumpul beramai2 tetapi dengan tidak hadir bekerja atas alasan cuti sakit dan cuti kecemasan selama 3 hari tersebut.

Ada 6 tuntutan yang dipohon oleh kumpulan doktor2 kontrak ini dan dilihat mereka ini tidak lagi mahu rundingan damai kerana tidak mempercayai bahawa kementerian kesihatan faham masalah dan isu yang dihadapi oleh mereka ini

Kerajaan yang mengamalkan Malaysia MADANI , nampaknya seolah-oleh seperti PERMAIDANI, menyapu segala2nya dan disorokkan dibawah tanpa mahu TANGANI dan ATASI.

Rakyat sedang MEMERHATI.

Kerajaan harus BERHATI-HATI

Tuntutan yang dibuat perlu DIPERHALUSI

Agar khidmat bakti mereka (frontliner) DIHARGAI bukannya dibuat mereka2 ini seperti HAMBA ABDI, yang utama, niat mereka jelas, inginkan keadilan DIRI selaku Pengamal Perubatan yang punyai HARGA DIRI

Hajjah Bibi Sunita Sakandar Khan

Pengerusi Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (GERAKWANIS)

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp