
Setiausaha Politik Anwar Ibrahim boleh menafikan apa saja tetapi hakikatnya memang mereka menghalang pemimpin-pemimpin luar yang datang melawat Malaysia dari berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berbohong dalam isu ini tetapi yang cuba menegakkan ‘benang basah’ dan yang cuba menafikan adalah Kamil Munim itu sendiri.
Yang berdosa menipu bukan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi Kamil Munim lah yang berdosa cuba memutar-belitkan fakta.
Kamil Munim tidak perlu berdolak-dalih dan menipu lagi kerana semua rakyat Malaysia tahu fakta hakikat serta sikap buruk PMX.
PMX hingga ke hari ini seringkali memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘kaki sakau’ tetapi bila Mantan Perdana Menteri dua kali ini mengambil tindakan undang-undang ke atas PMX beliau pula takut untuk berhadapan dengan tokoh negarawan ini di kamar mahkamah.
Saya cabar PMX agar berdepan dengan kes saman fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad di kamar mahkamah secepat yang mungkin kalau beliau berani?
Sepatutnya, berani buat fitnah kena beranilah berhadapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di kamar mahkamah untuk tunjuk pada sekalian rakyat siapa yang benar dan siapa yang menipu?
Cukup-cukuplah untuk menipu rakyat dan tunggu saja apabila kerajaan ini tumbang apa akan berlaku pada mereka semua.
‘Kaki sakau’ yang sebenarnya adalah kerajaan Madani kerana mereka ini kalangan munafik yang ‘cakap tak serupa bikin.’
Walaupun badan-badan penguatkuasaan undang-undang dijadikan ‘barua’ untuk melindungi salahlaku mereka namun masa ketika akan muncul di mana Allah swt akan menunjukkan kebenaran kelak.
Itu pasti berlaku kerana Allah swt tidak pernah mungkir janji.
oleh : Khairuddin Abu Hassan, ADT Muafakat Nasional