TERKINI

Sikap Negatif Prof Madya Mazlan Ali Tidak boleh Diterima

Khairuddin Abu Hassan – foto malaysiakini

Apakah Prof Madya Mazlan Ali boleh menafikan dan memadamkan fakta sejarah kecemerlangan Tun Dr Mahathir Mohamad membina negara ini sehingga dihormati dunia pada suatu masa dahulu?

Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1982 sehingga 2004 walaupun Malaysia sebuah negara sedang membangun namun diiktiraf sebagai sebuah kuasa ‘Harimau Asia’ pada waktu itu.

Malangnya, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad letak jawatan akhirnya pengkhtirafan sebagai kuasa ‘Harimau Asia’ turun menjadi taraf negara ‘kleptokrasi.’

Saya tidak faham dengan tokoh-tokoh akademik ‘kaki bodek’ ini yang senantiasa hendak membodek pemimpin kerajaan sehingga mereka nampak cukup bodoh sekali.

Pernahkah Prof Madya Mazlan Ali datang berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan berbincang mengenai gabungan ‘S4’ ini.

Beliau tidak mempunyai sebarang matlumat dan kefahaman macamana membuat andaian seolah-olah gabungan ‘S4’ ini musuhi kerajaan persekutuan?

Negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis adalah sebahagian dari persekutuan tanah melayu yang berada di bawah Malaysia.

Sekiranya empat negeri ini maju maka secara tidak langsung kita membantu kerajaan persekutuan dalam agenda untuk membangunkan semua negeri-negeri di tanahair yang tercinta ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad bukan seorang yang pendendam dan perkara yang paling diutamakan oleh mantan perdana menteri dua kali ini adalah semangat ‘nation first.’

Percayalah dalam banyak aspek untuk membangunkan empat negeri- negeri di bawah gabungan ‘S4’ kelak kita terpaksa bekerjasama secara erat dengan kerajaan persekutuan.

Gabungan ‘S4’ ini sama sekali tidak akan bermusuh dengan kerajaan persekutuan tetapi akan menjalinkan
hubungan kerjasama yang erat khususnya untuk mendapatkan kelulusan-kelulusan yang tertakluk di bawah kerajaan persekutuan.

Permusuhan sesama kita tidak memberi sebarang faedah langsung malahan akan meruntuhkan bangsa serta negara.

Untuk makluman Prof Madya Mazlan Ali yang tidak cerdik ini sekarang Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berminat untuk berpolitik tetapi ingin menumpukan daya usaha ke arah menyatupadukan orang-orang Melayu seterusnya menebus semula maruah anak bangsa.

Semua gerakan Tun Dr Mahathir Mohamad kini adalah secara ‘non partisan’ dan tidak berbaur politik.

Tidak ada sebarang agenda politik permusuhan dengan kerajaan persekutuan dalam perancangan
bagi membangunkan keempat-empat negeri di bawah gabungan ‘S4.’

Pada Tun Dr Mahathir Mohamad membantu membangunkan ekonomi negeri-negeri yang ditadbir oleh Melayu adalah satu ibadah dan ‘fardhu kifayah’ juga membawa maksud kita turut membantu meringankan bebanan kerajaan persekutuan untuk mengatasi segala permasalahan di Terengganu, Kelantan, Kedah serta Perlis.

Kalau nak membodek pun berpada-pada lah dan jangan senantiasa mempunyai perasaan ‘buruk sangka’ pada orang lain.

Sikap negatif Prof Madya Mazlan Ali tidak boleh diterima sama sekali kerana sebagai seorang mukmin beliau tidak boleh mengesyakki akan sesuatu yang beliau sendiri tidak tahu serta tidak faham.

Sekiranya Prof Madya Mazlan Ali hendak mengetahui perkara yang sebenarnya saya ingin menjemput beliau untuk berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendengar penjelasan secara ‘indepth’ terlebih dahulu sebelum beliau nak membuat sebarang komen.

Beliau harus berperangai secara ilmiah sebagai seorang ahli akademik bukan hendak buat retorik politik secara membuta tuli untuk membodek kerajaan semata-mata.

Khairuddin Abu Hassan – Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp