TERKINI

UMNO Di Bawah Zahid Hamidi Hanya Memperkasa DAP

Keseluruhan orang-orang Melayu harus lihat secara jelas bahawa perjuangan UMNO di bawah kepimpinan Zahid Hamidi adalah untuk memperkasakan serta memperkuatkan kedudukan DAP dalam lanskap politik tanahair.

Siapa saja yang melawan atau serang  DAP walaupun beliau adalah Ketua Pemuda UMNO tidak akan dibela lagi oleh pucuk kepimpinan tertinggi UMNO.

Inilah yang sedang berlaku pada Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang seringkali dihentam oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri bila beliau melawan DAP.

Namun, permasalahan dengan Ketua Pemuda UMNO ini beliau tidak berani bertempur dengan DAP secara habis-habisan di mana pada kelazimannya akhirnya beliau juga akan akur dengan pendirian pucuk kepimpinan tertinggi UMNO untuk tunduk pada DAP.

Pertempuran Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini selalunya sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’ semata-mata mungkin hanya sekadar bagi mencari publisiti murahan.

Inilah kegilaan Zahid Hamidi serta semua tokoh-tokoh pemimpin UMNO yang sedang mendewakan dan mensucikan parti DAP.

Keseluruhan kepimpinan tertinggi UMNO pada hari ini adalah pengkhianat kepada bangsa dan agama kita.

Mereka tidak peduli lagi  dengan teras perjuangan untuk menguatkan agenda Melayu serta perjuangan untuk menegakkan syiar Islam secara lebih kukuh di negara ini.

Inilah kejayaan manusia  munafiq dan fasiq yang bernama Anwar Ibrahim selaku ‘cikgu’ kepada anak muridnya yang bernama Zahid Hamidi.

Apapun kita amat yakin bahawa ahli-ahli akar umbi UMNO tidak bodoh dan pasti akan menolak UMNO secara total pada PRU16 kelak.

Ahli-ahli akar umbi UMNO sudah hilang keyakinan dengan wadah perjuangan songsang UMNO kini.

Yang menjadi dilema pada hari ini adalah  tokoh-tokoh pemimpin UMNO yang tidak sehaluan dengan Zahid Hamidi adalah kalangan bacul yang tidak berani bangun untuk menentang kemungkaran kepimpinan songsang Presiden UMNO.

Kalangan ini hanya berani buat bising di belakang saja tanpa mempunyai semangat kental untuk bangun menentang seterusnya menyingkirkan Zahid Hamidi dari barisan kepimpinan UMNO.

Zahid Hamidi adalah perosak parti UMNO yang bakal membuatkan UMNO akan terkubur tanpa nesan selepas PRU16 yang akan datang.

Hakikatnya, semua tokoh-tokoh pemimpin UMNO pada hari ini bertanggungjawab di atas kehancuran UMNO yang mungkin tidak boleh dibaikki lagi kerana pendirian Zahid Hamidi yang bersungguh-sungguh untuk mensucikan serta menghalalkan parti DAP selaras dengan pendirian penyangak Anwar Ibrahim.

Khairuddin Abu Hassan, ADT Muafakat Nasional

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp