TERKINI

Kerajaan Melaka Mahu Bawa Pulang Artifak Sejarah Kesultanan Melayu Melaka

Gambar hiasan – foto Jendela DBP

MELAKA, 28 Julai 2023 – Kerajaan Melaka bercadang membawa pulang artifak atau manuskrip berkaitan sejarah Kesultanan Melayu Melaka khususnya melibatkan Laksamana Hang Tuah yang ditemukan di luar negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata berdasarkan laporan yang diterimanya, penemuan berkenaan berlaku di 14 negara antaranya di Vatican City, Itali, India, Jepun dan Turki oleh penyelidik atau pengkaji sejarah.

Beliau berkata artifak dan manuskrip berkenaan akan menjadi antara tarikan sempena Tahun Melaka Melaka 2024 (TMM 2024) sekali gus mengukuhkan kehebatan Melaka dan Hang Tuah.

“Kerajaan negeri sedang berusaha membawa pulang artifak dan manuskrip atau salinannya, dan kita juga sedang mengaturkan bajet untuk menelusuri pensejarahan ini bagi tatapan rakyat.

“Kita juga telah mewujudkan jawatankuasa khas terdiri daripada kalangan penyelidik atau pakar sejarah yang menjadi rujukan kerajaan negeri berkaitan susur galur atau sejarah kewujudan Melaka,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis. – Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp