TERKINI

Magellan : Sejarah Penjelajahan Epik Yang Masih Tak Terungkap

foto – National Geographic

Penjelajah Portugis Ferdinand Magellan (1480-1521), seorang pengembara dari Portugal, diiktiraf sebagai pemimpin ekspedisi pertama untuk mengelilingi bumi.

Pada mulanya, ekspedisi penjelajahan beliau telah ditolak beberapa kali oleh Raja Manuel I (Raja Portugal), penolakan berulang kali ini menyebabkan Magellan melepaskan kewarganegaraan Portugisnya dan beralih kepada Charles I, Raja Muda Sepanyol.

Magellan kemudian mencadangkan untuk mencari laluan barat daya di sekitar Amerika Selatan untuk mencapai laluan ke Kepulauan Spice (rempah) melalui laluan barat, satu usaha yang tidak pernah dicapai sebelumnya.

Dalam satu catatan menyatakan bahawa Magellan mendakwa kepada Raja Muda Charles bahawa seorang hamba dari Malaka atau (Sumatran Enrique – yang kita kenali sebagai Panglima Awang) berasal dari Kepulauan Spice dan Magellan menggunakan Enrique untuk membuktikan bahawa pulau-pulau itu (Spice) berada jauh ke timur.

Ekspedisi Magellan ini mungkin merupakan perjalanan penjelajahan yang paling luar biasa dalam semua sejarah penjelajahan manusia hingga kini.

Perjalanan beliau secara lengkap mengambil masa kurang dari tiga tahun. Pelayaran yang bermula dengan lima kapal kecil, serba tidak lengkap dengan kebocoran di sana-sini, hanya satu yang berjaya kembali ke Eropah dengan selamat, dan dari 265 orang anak kapal yang memulakan pelayaran, hanya 18 yang kembali dengan selamat.

Magellan sendiri adalah salah seorang daripada mereka yang meninggal dunia semasa pelayaran. Tetapi pada akhirnya, ekspedisi itu berjaya dan terbukti bahawa bumi itu bulat.

Sesuatu yang cukup jelas bahawa kejayaan ekspedisi itu disebabkan oleh kepimpinan Magellan dan keyakinan beliau, kerana ketika melakukan ekspidisi, kebanyakan anak kapal ingin berpatah balik selepas beberapa bulan hingga Magellan terpaksa menumpaskan pemberontakan anak-anak kapal yang pengecut itu.

Gabungan kemahiran dan ketekunan beliau menjadikan dirinya sebagai ketua eksplorasi yang disegani oleh para pelayar dan penjelajah.

Walau bagaimanapun, pengaruh dan pencapaian Magellan ini dilayan remeh oleh golongan berpendidikan Eropah kerana hasil dari kajian dimakmal oleh golongan tersebut, mereka sudah lebih awal mengetahui bumi ini bulat tanpa perlu membuat penjelajahan.

Mereka juga menyifatkan laluan yang dilalui Magellan juga tidak menjadi laluan perdagangan yang penting berbanding pelayaran Vasco da Gama, sebaliknya perjalanan Magellan tidak mempunyai pengaruh besar di Eropah atau Timur.

Oleh itu, walaupun prestasi beliau telah membawa dia kemasyhuran yang tidak pernah mati, ia tidak menjadikannya salah satu daripada orang yang paling berpengaruh dalam sejarah.

Banyak kisah dan catatan mengenai sejarah penjelajahan ini, namun masih banyak yang belum terungkap, dan kekal menjadi rahsia. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp